Wednesday, February 8, 2017

PERMATA YANG DICARI II

permata yang dicari

puasku mencari
puas kurenungi
dalam lelah kuselusuri onak dan duri
buat menyingkap gemerlap permata
namun masih samar

dibalik kesamaran terselindung sebuah sirna
sirna yang perlu digali dibalik untaian tanih

9 feb 2017

MEMAKNAI CINTA

“Adakah tapak tanganmu berkeringat, hatimu
berdebar kencang dan suaramu tersekat di dadamu?
Itu bukan Cinta, itu SUKA.

Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan
mata darinya?
Itu bukan Cinta, itu NAFSU.

Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu
ia ada di sana?
Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.

Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang
diinginkan semua orang?
Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN.

Adakah kamu tetap mengatakan kamu
menyintainya kerana kamu tidak ingin melukai
hatinya?
Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.

Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan
matanya membuat hatimu melompat?
Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.

Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana
kamu mengambil berat tentangnya?
Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.

Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap
hari hanya dia yang kamu fikirkan?
Itu bukan Cinta, itu DUSTA.

Adakah kamu rela memberikan semua perkara
yang kamu senangi untuk kepentingan dirinya?
Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.

Tetapi

Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran
antara kesakitan dan kegembiraan yang
membutakan dan tak terfahami … menarikmu
mendekati dan tetap bersamanya?
ITULAH CINTA.

Apakah kamu menerima kesalahannya kerna itu
bahagian dirinya dan siapa dirinya?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setia
dengannya tanpa penyesalan?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu menangis kerana kesakitannya
walaupun saat itu dia kuat?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia
bersedih?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia?
ITULAH CINTA.

Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh
jiwamu begitu mendalam sehingga menusuk?
Yang demikian itulah namanya CINTA.
kdg2 org yg couple sendiri confuse cinta ke sayang?

cinta cukup ke dalam hubungan kalau takde sayang?

kalau sayang je, tapi tak cinta camne lak

ape beza cinta dn sayang

PERMATA YANG DICARI

permata yang dicari

telah kuselami
puas kurenungi
di manakah ia yg dicari
masih adakah ia disitu atau kemanakah ia pergi

adakah permata itu masih tersembunyi dibalik kaca
atau permata itu telah digilap dan dipelihara

Istimewa Buat Yang Bernama Wanita


-->
Buat teman-teman yang diingati..
Jangan dicinta kerana dia lelaki
Kelak kita akan membenci
Jika dia bukan lelaki yang dicari
Hanya pandai menabur janji...

Jangan di rindu pada paras rupa
Kelak kita akan terseksa
Jika dia tidak sebaik rupanya
Senyumnya manis tipu belaka...

Jangan disayang kerana berharta
Kelak kita hidup menderita
Jika hartanya habis dibelanja
Sukar hidup, miskin dan papa...

Jangan dikasih kerana dipuji
Kelak kita menagih janji
Jika rupa berkedut dimamah hari
Hilang sudah puji memuji...

Jangan dicari seorang kekasih
Kelak kita akan disisih
Jika kasih luntur bersih
Menangislah diri hidup bersedih...

Jangan disambut salam rindu
Kelak kita menahan sendu
Jika rindu tak dapat disatu
Dimanakah kita akan mengadu...

Jangan dilayan seorang teman
Kelak hidup menjadi ancaman
Jika teman tidak beriman
Dibakar api hari kemudian...

Wahai sahabat wahai teman
Carilah dia kerana tuhan
Untuk menambah ceteknya iman
Bekalan diri hidup berteman...

Wahai sahabat wahai teman
Cintalah dia kerana beriman
Dijadikan tuhan sebagai pasangan
Baik buruk ketentuan tuhan

Wahai sahabat wahai teman
Terimalah dia penuh keikhlasan
Andai buruk angaplah dugaan
Andai baik pujilah tuhan...

Wahai sahabat wahai teman
Ingatlah akan janji tuhan
Isteri yang baik besar balasan
Suami penyabar itulah kemenagan...

Thursday, October 31, 2013

Monday, September 2, 2013

APABILA KENAIKAN BERLAKU



Setiap dari kita pasti terkejut dgn kenaikan harga petrol sebanyak RM 0.20…banayk jg komen2 dr rakan fb serta sahabat…ramai yg merungt dan xkurang juga ada yg suka( nada menyindir). Minyak naik 20 sen. Nilai yg besar bg golongan sederhana ke bawah. Membawa kesan secara holistik terhadap rutin perbelanjaan dan kehidupan seharian.
Di sini saya cuba berkongsi sedikit ilmu…
Apabila kenaikan minyak berlaku, maka barang keperluan lain juga bakal meningkat harganya. Kesan secara langsung akan dirasa oleh golongan yg berpendapatan bawah dari rm1500 ke bawah bagi bujang dan RM2500 ke bawah bagi yg berumahtangga..di sini sy cuba huraikan sedikit kesannya..
Contoh :
 
Sebelum kenaikan
Selepas kenaikan
perbezaan
Petrol (jika motosikal)
RM 40/ MINGGU
FULL TANK
RM44/ MINGGU
FULL TANK
RM4/minggu
Petrol (kereta jenis 1.6 ke bawah)
RM 80/ minggu
RM 88/minggu
RM8/minggu
Belanja dapur
Termasuk sayur, ikan, beras, ayam & keperluan dapur asas
Berdasarkan keadaan semasa
 
RM 100/minggu
 
Dgn andaian, kenaikan kos pembekal
RM 135/minggu
 
 
Rm 35
Bil elektrik ( sblm tarif dikaji semula)
*RM35/month
*bg yg hanya ada peti ais, mesin basuh, tv  n komputer
*RM35/ month
 
-
Bil air
*RM 25
Keluarga kecil
*RM25
-
Bayar balik pinjaman
1.    Kereta ( minimum)
2.    PTPTN( bg yg meminjam)
 
RM 400
RM 50 (minimum)
 
RM400
RM50(minimum)
 
-
-
Jumlah
RM690
( tanpa mengambil kira motosikal dan sebelum petrol & belanja dapur di darab 4)
RM733
( tanpa mengambil kira motosikal dan sebelum petrol & belanja dapur di darab 4)
RM 43
JUMLAH
RM 1230
(.:DGN ANDAIAN HANYA 4 MINGGU SEBULAN)
RM 1402
(.:DGN ANDAIAN HANYA 4 MINGGU SEBULAN)
RM172
Ini hanya perkiraan asas…
.: ANDAIAN BAGI YG BARU BERKAHWIN DAN KELUARGA KECIL. SEKADAR PERKONGSIAN DAN KAJIAN RINGKAS
                                                -INSAN YANG MASIH BELAJAR-

Friday, March 29, 2013

FILEM KITA WAJAH KITA....

 SERINGKALI menonton televisyen kita pasti akan dihidangkan dgn pelbagai rancangan sama ada yg berunsur pengajaran mahu pun yg berunsurkan hiburan semata..namun kita sering kali juga alpa dgn mesej yg cuba disampaikan disebalik rancang tersebut dek kelekaan kita melayan hati yg seronok atau yg sedih..

  Kerap juga dalam drama mahupun filem, kita dihidangkan dgn kepelbagaian budaya dan norma kehidupan masyarakat baik di kota mau pun di desa. Bagi masyarakat desa, sering digambarkan yg mereka ini berfikiran kolot dan sering mempercayai perkara KHURAFAT, adu domba & saling menyimpan perasaan hasad. Manakala masyarakat bandar pula sering digambarkan sebagai masyarakat kelas atasan & adakala golongan koprat.

  Tidak terlepas juga budaya dan norma anak muda remaja yg sering alpa dgn zaman remaja mereka, mereka asyik dgn keseronokan yg adakalanya melampaui batas & norma masyarakat timur. Golongan berusia pula sering digambarkan tidak memikirkan masa tua mereka.

  Kita juga kerap kali dihidangkan dgn gaya hidup yg agak KEBARATAN seperti budaya berkunjung ke kelab malam, PUB, minum arak sehingga mabuk dan sebagainya.

  Anak muda dari golongan miskin sering digambarkan sebagai golongan yg tiaada masa hadapan, golongan yg bermasalah yg sering terjebak dgn kehidupan gangsterism, penyalahgunaan dadah, masalah buli dan kaki pukul. Manakala anak muda dari golongan berada pula digambarkan sebagai golongan yg suka berfoya-foya, budaya bermewah-mewahan, rasuah, sering ke disko dan sebagainya. Mungkin pada realitinya ada kebenarannya tetapi bukan semuanya begitu..

  Ada juga filem & drama yg cuba utk menongkah arus tetapi seringkali ia terbabas & seterusnya hanyut dek keseronokan yg hadir dlm diri sendiri & akibat kelekaan mengejar "BOX OFFICE" sehingga apa yg cuba dibawa dlm jln cerita tersebut seakan tidak logik & tidak dpt diterima akal waras manusia. Adakala ia melampaui norma KETIMURAN yg penuh dgn adab sopan serta baik pekerti.

  Seringkali terngiang di telingaku & benak sedarku akan kata-kata seorang yg diHormati berkata "FILEM KITA WAJAH KITA", adakah itu wajah kita yg sebenarnya?

                                                                                             


                                                                                             Sekadar pandangan dari insan yg cetek ilmu..

Sunday, December 23, 2012

♥ Luruskan Niat ♥

(⁀‵⁀)❤ 。 ◠‿◠。 ❤ (。◕‿◕。) ❤
.`⋎´ ❤ ¸.•°*”˜˜”*°•.❤ .
❤ ¸.•°*”˜˜”*°•.❤ (⁀‵⁀)❤
.`⋎´ ❤
♥ Luruskan Niat ♥

Ketika kamu bisa merasakan perihnya dihianati saat itu kamu belajar pentingnya menepati janji kamu juga akan bisa mengerti bahwa jalan hidup tidak selamanya datar maka, kamu harus tegar

Tidak masalah jika sebagian orang memandangmu sebelah mata, tapi kamu harus buktikan bahwa kamu masih punya potensi yang bisa dikembangkan sehingga kamu menemui jalan kesuksesan yang kamu dambakan dan pada akhirnya nanti mereka akan terdiam membisu dengan tatapan kosong penuh tanda tanya dan penyesalan

Dalam hidup ini, kamu tidak perlu memikirkan semua perkataan, kritikan mereka yang tidak pernah merasakan apa yang sudah kamu alami, karena hal itu hanya akan menjadi beban fikiran dan melemahkan semangat perjuangan yang selama ini begitu besar dalam dirimu

Hidup ini hanya ujian yang sudah dijanjikan Tuhan maka, jalanilah, hadapilah seolah-olah kamu kesatria dimedan laga, dengan semangat pantang menyerah sebelum lembaran terakhir hidup kamu berakhir

Jika suatu saat nanti kamu berjibaku mencari harta sehingga kamu melupakan untuk apa kamu diciptakan cepat-cepatlah kamu luruskan niat dan tata kembali hatimu dengan melihat kedalam dirimu, dan katakan dalam hati sudah berapa jauh aku berjalan? sudahkan aku siap menghadap Tuhan?

Semoga Renungan Hikmah Singkat ini bermanfaat buat kita semua, terimah kasih sudah membaca ^^
(⁀‵⁀)❤ 。 ◠‿◠。 ❤ (。◕‿◕。) ❤
.`⋎´ ❤ ¸.•°*”˜˜”*°•.❤ .
❤ ¸.•°*”˜˜”*°•.❤ (⁀‵⁀)❤
.`⋎´ ❤
♥ Luruskan Niat ♥

Ketika kamu bisa merasakan perihnya dihianati saat itu kamu belajar pentingnya menepati janji kamu juga akan bisa mengerti bahwa jalan hidup tidak selamanya datar maka, kamu harus tegar

Tidak masalah jika sebagian orang memandangmu sebelah mata, tapi kamu harus buktikan bahwa kamu masih punya potensi yang bisa dikembangkan sehingga kamu menemui jalan kesuksesan yang kamu dambakan dan pada akhirnya nanti mereka akan terdiam membisu dengan tatapan kosong penuh tanda tanya dan penyesalan

Dalam hidup ini, kamu tidak perlu memikirkan semua perkataan, kritikan mereka yang tidak pernah merasakan apa yang sudah kamu alami, karena hal itu hanya akan menjadi beban fikiran dan melemahkan semangat perjuangan yang selama ini begitu besar dalam dirimu

Hidup ini hanya ujian yang sudah dijanjikan Tuhan maka, jalanilah, hadapilah seolah-olah kamu kesatria dimedan laga, dengan semangat pantang menyerah sebelum lembaran terakhir hidup kamu berakhir

Jika suatu saat nanti kamu berjibaku mencari harta sehingga kamu melupakan untuk apa kamu diciptakan cepat-cepatlah kamu luruskan niat dan tata kembali hatimu dengan melihat kedalam dirimu, dan katakan dalam hati sudah berapa jauh aku berjalan? sudahkan aku siap menghadap Tuhan?

Semoga Renungan Hikmah Singkat ini bermanfaat buat kita semua, terimah kasih sudah membaca ^^
 

Thursday, December 6, 2012

Sunnah selepas Ijab Qabul...

Sunnah selepas Ijab Qabul...

Solat solat sunat 2 rakaat ini dilakukan berjemaah antara suami dan isteri.

Cara untuk mengerjakannya ialah:

• Lafaz niatnya :

“Usolli sunnata ba’dan nikahi rak’ataini lillahi Ta’ala”
Allahu Akbar
" Aku niat sholat sunat sesudah nikah dua rakaat kerana Allah Ta’ala”
• Rakaat pertama : Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Kafiruun’
• Rakaat kedua : Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Ikhlas
• Membaca doa berikut selepas salam:

YA Allah, Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, segala puji-pujian bagi-Mu, seru sekalian alam. Ya Allah, aku bersykur kepada-Mu, telah selesai pernikahanku ini, kami memohon pada-Mu Ya Allah Engkau berkatilah pernikahan –ku ini. Engkau jadikanlah aku dan isteriku orang-orang yang soleh/holehah. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, pada-Mulah kami memohon pertolongan. Engkau anugerahkanlah padaku isteri/suami yang soleh, Engkau berikanlah akan aku dan isteriku petunjuk dan hidayah agar kami senantiasa di dalam keredhaan-Mu dan tunjukilah kami ke jalan yang lurus sepanjang hidup kami. Engkau berikanlah kami kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anak kami ke jalan yang Engkau redhai. Engkau mesrakanlah kami, bahagiakanlah kami sebagaimana Nabi Muhammad s.a.w dan Siti Khadijah, Nabi Yusuf dengan Zulaikha, Nabi Adam dan Hawa. Engkau anugerahkanlah padaku dan isteriku anak-anak yang sholeh dan solehah. Engkau anugerahkanlah kami kesihatan dan kesejahteraan pada isteri/suami dan anak cucu kami sepanjang hayat kami dan sepanjang hayat mereka. Engkau peliharalah kami daripada perkara-perkara yang boleh merosak kemesraan dan kebahagiaan rumah tangga kami”

“Ya Allah ,Ya Rahman, Ya Rahim, Engkau anugerahkanlah kepada kami akan rezeki yang suci dan baik, lindungilah kami dari mendapat rezeki yang keji dan haram. Engkau jadikanlah aku, isteriku/suamiku dan anak-anak kami orang yang rajin mengerjakan solat dan bertaqwa. Engkau berikanlah petunjuk dan jalan sekiranya aku, isteri/suami dan anak-anak ku menyimpag ke jalan yang tidak Kau redhai. Engkau anugerahkanlah padaku, isteri/suami dan keturunan kami kekuatan dan keimanan untuk berbuat baik dan amal soleh sepanjang hayat kami. Engkau peliharalah kami, isteri/suami, anak-anak dan cucu-cucu kami dari sebarang mara bahaya,fitnah,dan malapetaka yang tidak diingini samaada yang lahir mahupun yang batin”
“Ya Allah,Engkau berkatilah umur kami, isteri/suami kami, anak-anak kami, cucu-cucu kami sehinggalah akhir hayat kami dan mereka. Engkau peliharalah kami, isteri/suami kami, anak-anak kami, cucu-cucu kami agar menjadi orang yang taat kepada-Mu Ya Allah, kepada kedua ibubapanya dan taat mengerjakan perintah-Mu dan taat dalam menjauhi larangan-Mu”

“Bahagiakanlah rumah tangga kami Ya Allah,(3 kali),

Engkau berkatilah rumahtangga kami Ya Allah (3 kali)”

Monday, October 29, 2012

Pantun Agama (Mohd Yusof Md Nor & Dr. Abd. Rahman Kaer)


MAKSUD
 
Rangkap 1
Sekiranya kita tidak mengerjakan suruhan Tuhan di dunia, di akhirat nanti kita tidak akan mendapat ganjarannya.

Rangkap 2
Dunia bukanlah tempat yang kekal bagi semua makhluk, akhirat jualah tempat yang abadi.

Rangkap 3
Orang alim juga tidak lepas dari berbuat dosa, apatah lagi kita orang biasa. Sudah tentu banyak berbuat dosa.

Rangkap 4
Kita akan menyesal pada kemudian hari jika tidak mengerjakan ibadah sembahyang.

Rangkap 5
Pakaian tidak melambangkan darjah kealiman seseorang tetapi melalui amalannya.

Rangkap 6
Kita hendaklah sentiasa mengikuti ajaran atau perintah Allah bukanlah mengikut kehendak hati sendiri.


TEMA

Amalan agama menjamin kehidupan di kemudian hari.


PERSOALAN

1.    Persoalan taat akan hukum agama akan menjamin kehidupan bahagia di akhirat nanti.
2.    Persoalan kejahilan manusia yang tidak tahu akan hukum-hakam agama.
3.    Persolana penampilan fizikal tidak melambangkan keperibadian dan tahap keimanan seseorang.


BENTUK

  1. Pantun ini terdiri daripada terdiri daripada enam rangkap.
  2. Setiap rangkap mengandungi empat baris.
  3. Jumlah baris terdiri antara tiga hingga empat patah perkataan.
  4. Contoh, tiga patah perkataan sebaris:
Kemuning daunnya lampai
  1. Contoh,  enam patah perkataan:
Di atas dunia kau tak sampai
  1. Rima akhirnya  ’ab ab’.

GAYA BAHASA

Aliterasi
      Teritip di tepi kota
Pengulangan bunyi konsonan  ’t’

Asonansi
Teringat badan tidak sembahyang
 Pengulangan bunyi vokal ’a’

Kata ganda
Dunia ini pinjam-pinjaman

Sinkope
Di atas dunia kau tak nampak


NILAI

  1. Nilai keinsafan.
Terdapat pada rangkap kedua (Baris 3 dan 4)
Dunia ini pinjam-pinjaman,
Akhirat juga akan sungguhnya.

  1. Nilai kesederhanaan.
Terdapat pada rangkap kelima (Baris 3 dan 4)
Serban bukan semuanya haji,
 Haji terletak pada amalan.


PENGAJARAN

  1. Kita hendaklah tidak terlalu menurut kata hati.
  2. Kita hendaklah tidak menilai seseorang itu dari luaran sahaja.
  3. Kita hendaklah beringat bahawa kehidupan di dunia ini hanya sementara sahaja.
  4. Kita hendaklah mengerjakan solat supaya tidak menyesal pada kemudian hari.
  5. Kita hendaklah memelihara amalan hidup di dunia.




 
LATIHAN


  1. Huraikan dua nilai yang wujud dalam Pantun Agama ini.

  1. Pada pendapat anda, mengapakah kita tidak boleh menilai seseorang itu daripada luaran sahaja.

Friday, August 24, 2012

HANDFON.....

Beberapa bulan kebelakangan ini ada ura-ura dari Menteri yang ingin membenarkan pelajar membawa handfon ke sekolah...kita sebagai pendengar jangan hanya pandai membangkang tapi kita haruslah menilai dari pelbagai sudut sama ada positif mahu pn negatif sesuatu saranan...ia sama juga seperti dalam sesebuah keluarga...dalam setiap perbincangan ada yg bersetuju dan tidak kurang juga ada yg membantah. begitu lah hakikat saranan tersebut..

Pada pandangan saya, tiada salahnya cadangan tersebut, tetapi ia perlulah dikaji bagaimana kaedah yang terbaik dalam melaksanakan saranan terbabit. Menurut pandangan orang bijak pandai "didiklah anak mengikut zamannya", ini kerana setiap zaman mungkin ada persamaan tetapi terlalu banyak perbezaan terutama dari segi teknologi sebagai contoh kaedah pengajaran...jika dulu hanya menggunakan papan hitam n kapur tulis tetapi kini pelbagai kaedah pengajaran yg boleh dilakukan oleh guru...

Berbalik kepada persoalan asal, handfon dibenarkan bawa ke sekolah..secara logik akalnya, ada baiknya cadangan ini kerana dewasa ini terlalu banyak kanak2 hilang..mungkin ini satu kaedah yg difikirkan positif oleh golongan pemikir yg dapat mengurangkan kemungkinan kehilangan kanak2, disamping itu juga ia boleh dijadikan bahan bantu mengajar tetapi persoalan disini Hp yg bagaimana yg dibenarkan?

Cadangan ini juga akn memberi impak negatif, kerana setiap teknologi itu mempunyai kebaikan dan keburukan..tambahan pula kesedaran sosial dikalangan remaja kita hari ini terlalu kurang..malahan kehadiran lambakan video porno yg mungkin terlalu mudah untuk didapati dan dikongsi melalui teknologi terkini..jika cadanagan ini menjadi kenyataan, setiap pihak perlulah memikirkan kaedah bagaimana menghindarkan sebaran bahan yg membantutkan perkembangan potensi insan yg terdapat dalam individu yg bakal dilahirkan...

Friday, August 17, 2012

BOLA GETAH

zaman kanak2 dulu..setiap org main pelbagai permainan...dari main pondok2, tengteng, guli, polis entri dan macam2 lagi..

zaman kanak2 la yg paling kita akn kenang, sering kali kita cerita kepada ank2 jiran atau pn ank sendiri bagi yg da berkawen kn...

tapi kt sni bkn cite tu yg ingin ku coretkan tapi pasti kanak2 zaman sekarang bila disebut pasal bola getah yg ada pelbagi gmbar ditengahnya mungkin ada yg tahu dan mungkin juga ada yg xtau....

kenapa bola getah??

mungkin itu akn timbul dibenak kalian yg membaca... kerana aku mempunyai pendapat tersendiri yg mungkin sama dengan kalian atua juga berbeda..kerana pemikiran kita mungkin berbeza..

mungkin kita boleh mengambil iktibar dari sebutir bebola getah yg kita sering lontar ke dinding tiap kali itu jua la ia melantun kembali..semakin kuat kita lontar, maka semakin kuat jua la ia melantun kembali.. mungkin analogi ini boleh memotivasikan kita yg seing kali kecewa akibat kegagalan tetapi KEGAGALN ITU BUKAN SUATU PERHENTIAN TETAPI SUATU PERMULAAN BUAT KEJAYAAN YG BAKAL DICAPAI SUATU HARI NANTI...

Saturday, August 4, 2012

PUTARAN RODA

      setiap manusia tidak mengetahui apa yg telah ditetapkn buat dirinya...
ada kala kita merancang utk menjadi sesorg yg lain tapi hakikatnya perancangan kita ada batasannya..
sesungguhnya mafhum qalam Allah "kita merancang, Allah juga merancang. sebaik-baik perancangan adalah perancanganNya"..
    beberapa tahun kebelakang tidak pernah terlintas di benakku utk menjadi pendidik secara formal.Aku pernah merancang ingin menjadi seorang yg berjaya dalam maksud diriku.tapi mungkin akibat tarbiah yg ku terima sepanjang perjalananku menuntut ilmu mengarahkan jalanku ke sini.
    Suatu tika dulu aku duduk dibangku pelajar mendengar celoteh sang pendidik yg mencurahkan ilmu buat anak didiknya supaya berjaya dalam mendepani haluan hidup yg bakal kami hadapi di masa hadapan.
    kini, aku pula menduduki bangku seorang guru yg memikul amanah dan tanggungjawab buat mendidik dan membimbing anak bangsa supaya mereka berjaya dalam mendepani liku-liku hidup di masa yg mendatang..
    benar bak kata pepatah, hidup ini ibarat roda. kitaran roda di sini bukan ku maksudkan yg negatif tp dari sudut positif. Yg mana bukan sahaja perbuatan buruk dibalas buruk atau di panggil karma oleh sesetengah pendapat.. tetapi andai kita mengagumi sesuatu mungkin ia akan menginspirasikan diri kita ke arah itu..sebagai contoh mudah, seseorang yg mengagumi usaha seorang usahawan berjaya dalam hidup dan kerjayanya..dia akan terinspirasi utk berjaya seperti usahawan itu..begitu juga yang lain..