Saturday, July 24, 2010

luahan kretivitiku






setaip org ada minat tersendiri
ku rasa photografi mngkin sesuatu yg tidak berapa sukar untuk diterokai tapi ia bergantung ke atas kreativiti individu tersendiri
disni kucuba lampirkan beberapa hasil yg kudapa pd hr ini

Thursday, July 22, 2010

melakar lukisan indah di balik wajah yang suram

salam ukhhwah fillah...
setelah lama menyepikan diri, diri ini terpanggil utk kembali mencoret dan menukilkan sesuatu. kerap kali tangan terasa ingin menari di lapangan keyboard tetapi kesempatan masa sering mencemburui. tetapi kini kugagahi jua jemari ini utk berlari menukilkan sesuatu yg terpendam di balik rasa diri.
Tanpa kita sedar, diri kita sering melukiskan lukisan yang hampir sama sepanjang kehidupan kita. mungkin kerana ia terhasil dari rutin yang biasa kita jalani. bagaimana kita ingin menghasilkan sesuatu yg indah jika kita sering kali alpa dengan kewajiban dan sering lupa dengan silaturrahim yg perlu dijalin. ada ketika langkah yg rutin perlu diubah bagi menzahirkan keakraban antara insan.
Kekadang perubahan suasana membuatkan kita takut dengan perubahan suasana itu tapi mungkin jua ia akan membuatkan kita begitu gembira dengan perubahan itu.
Ada masanya kesuraman sering melanda pabila kita berada dalam situasi yang baru..mungkin keserasian yang belum muncul mengakibatkan kesuraman itu muncul tetapi pabila keserasian muncul secara sendirinya ia akan melakarkan lukisan yang indah diwajah nan sekian lama itu sepi di balik kesuraman.
Mungkinkah wajah rahsia hati setiap insan itu akan terpancar dibalik senyuman?

Saturday, May 1, 2010

ELOK DAH TU...... CUMA KALAU BOLEH


>Rajin sgt ziarah tempat-tempat menarik untuk tambahkan pengalaman da luaskan pengetahuan. ELOK DAH TU... CUMA KALAU BOLEH.... jgn terlampau boros, ingatkan nasib mereka yg tidak mampu ni. bila jimat sure xrugi

>Sibuk dgn persatuan tak kire tempat.ELOK DAH TU..CUMA KALAU BOLEH....kita bersatu jgn berpecah-pecah dan jgn bermasam mukakerana berlainan fikrah, kan kita ni org Islam yg bersaudara.

>Terlampau peramah dan mudah mesra.ELOK DAH TU..CUMA KALAU BOLEH....bataskan pergaulan yang berlainan mahram, tak manis org pandang lagi pun kita ni tahu hukum hakam.

>Pemalu sangat, ELOK DAH TU..CUMA KALAU BOLEH.... biarlah bertempat, jgn sampai tak faham pelajaran pun malu nk tanya, malu bertanya sesat jalan.

>Rajin sgt menela'ah pelajaran, ELOK DAH TU..CUMA KALAU BOLEH.... bantulah rakan-rakan yg kurang sikit ni, jgn nk berjaya sorg-sorg, kn kita ni serba kekurangan.

>Nampak kemas dan cantik berjubhah, ELOK DAH TU..CUMA KALAU BOLEH.... jgn lah anggap yg tak berjubah ni jahat, sedangkan Abu Jahal pun berjubah, rambut sama hitam tp hati lain2.

>Hidup tak kacau org lain, ELOK DAH TU..CUMA KALAU BOLEH.... jgn sampai tak campur org lain, kite ni hidup bermasyarakat, mati nnt sape nk urus, masyarakat jg.

>Cukup aktif bersukan, ELOK DAH TU..untuk kesihatan dan kecerdasan, CUMA KALAU BOLEH.... jgn sampai abaikan tanggungjawab pada Tuhan, kelak sapa nk jwb di Mahsyar.

>Begitu jimat dalam perbelanjaan dan pandai menyimpan, ELOK DAH TU..CUMA KALAU BOLEH.... hulur-hulurkanlah sedekah pd yg perlu, tak ke mana ruginye, jgn kedekut sgt..

“Adakah tapak tanganmu berkeringat, hatimu
berdebar kencang dan suaramu tersekat di dadamu?
Itu bukan Cinta, itu SUKA.

Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan
mata darinya?
Itu bukan Cinta, itu NAFSU.

Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu
ia ada di sana?
Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.

Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang
diinginkan semua orang?
Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN.

Adakah kamu tetap mengatakan kamu
menyintainya kerana kamu tidak ingin melukai
hatinya?
Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.

Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan
matanya membuat hatimu melompat?
Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.

Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana
kamu mengambil berat tentangnya?
Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.

Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap
hari hanya dia yang kamu fikirkan?
Itu bukan Cinta, itu DUSTA.

Adakah kamu rela memberikan semua perkara
yang kamu senangi untuk kepentingan dirinya?
Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.

Tetapi

Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran
antara kesakitan dan kegembiraan yang
membutakan dan tak terfahami … menarikmu
mendekati dan tetap bersamanya?
ITULAH CINTA.

Apakah kamu menerima kesalahannya kerna itu
bahagian dirinya dan siapa dirinya?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setia
dengannya tanpa penyesalan?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu menangis kerana kesakitannya
walaupun saat itu dia kuat?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia
bersedih?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia?
ITULAH CINTA.

Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh
jiwamu begitu mendalam sehingga menusuk?
Yang demikian itulah namanya CINTA.

ISTILAH PERASAAN


ISTILAH PERASAAN



SUKA - Perasaan yang wujud dalam diri semua orang. Kita akan suka pada seseorang itu jika dia telah membuatkan kita gembira atau menyenangkan hati kita walaupun orang itu belum kita kenali sepenuhnya.



MINAT - Perasaan suka yang mendalam hingga timbulnya rasa minat pada seseorang dan sebolehnya cuba mengikuti setiap perkembangan dirinya dan ingin mendekatinya.



SAYANG - Perasaan minat pada tahap luarbiasa hingga wujudnya rasa sayang dan merasa terlalu kasih pada seseorang itu hingga sanggup melakukan apa saja untuknya dan sentiasa memberi perhatian yang lebih padanya.



CINTA - Perasaan sayang yang keterlaluan hingga lahirnya rasa cinta lalu meletakkan seseorang itu di tempat yang paling istimewa dalam hatinya dan sentiasa menganggap orang itu adalah yang pertama dan terakhir dalam hidupnya. Pengertiannya terlalu suci dan luhur.



Cinta bukanlah paksaan kerana ia adalah kombinasi rasa suka, minat dan sayang.

Matlamatnya cuma satu....kaulah segalanya.

Thursday, April 15, 2010

salam imtihan buat teman2 seperjuangan

salam imtihan buat teman2 yang sedang atau yang bakal menghadapi imtihan dikala ini.

buat sekian kali nya kita terpaksa lagi mnyiapkan segala kelengkapan perang kita. mungkin ini buat kali terakhr dipurnama ini. kita kembali melatih minda kita, mempersiapkan segala persenjataan kita dari segi fizikal dan mental termasuk lah rohani dan jasmani kita juga perlu dipersiapkan unutk menghadapi perang yang terahir kalinya buat kali ini. tapi perjuangan kita sebagai insa dan da'i di muka bumi tuhan ini tidak akan pernah selesai selagi masih ada hembusan nafas kita selagi itu lah tugas kita tidak akn pernah padam..
teman persiapkanlah segala kelengkapanmu selagi masih ada waktu buatmu utk berbuat begitu..pergunakan lah segala kesempatan yang masih berbaki itu utk kau mendalami selok belok kehidupan kerana kehidupan yang bakal kau tempuhi dan lalui itu penuh dengan ranjau serta onak dan durinya..
jgnlah kau terus leka dengan dengan duniamu tanpa kau pergunakan walau sedikit waktu utk kau persiapkan dirimu

Wednesday, April 7, 2010

semalu pohon semalu

salam..
setelah sekian waktu aku menyepi dari melontarkan idea..
hr ni baru datang idea utk aku mencoretkan di sini...
mungkin akan ada yang menyatakan yang tajuk ini ada persamaan dengan penulisan orang lain tapi aku tidak menafikan kerana mungkin tajuknya sama tapi yang aku pasti isinya berbeza..
kerana isinya adala cetusan abyad Al-I'tisodi sendiri..
semalu pohon semalu..kenapa tajuk ini muncul dibenak fikiranku?
aku sendiri pn tidak tahu..cetusan ini datang ketika aku sedang menaiki motosikalku dalam perjalanan pulang ku beberapa hr yg lalu...
mungkin juga aku terfikir yang aku sudah hampir menamatkan pengajianku..tapi dalam Islam menuntut ilmu itu tidak pernah berakhir..
malu si pohon semalu...
adakah aku seperti pohon itu...
aku begitu mengharap utk jadi begitu...malu si pohon semalu adalah malu yg aku rasa analogi yg hebat yg kita boleh ambil pengajarannya di situ dr kejadian alam yg dijadikan oleh Yg Maha Pencipta utk kita merenung dan mengambil pengajaran dari setiap kejadian yg wujud disekeliling kita..
kita lihat saja pohon semalu pabila kita sentuh dia akn menguncup. lihat lah betap indahnya ciptaan tuhan dalam mendidik hamba2nya yang berfikir.
mgkin ada dikalangan kita yg seperti pohon semalu ini tetapi jarang ditemui dan mgkin sukar tuk kita temui tapi tidak mustahil utk mendapatkn nya...
selalunya pohon semalu dikaitkan dengan wanita. kerana wanita dikatakn sebegitu kerana wanita yg seperti pohon semalu itu begitu menjaga diri mereka dari terusik.
terlintas jua difikiran bahawa wanita juga boleh dikaitkan dengan sekuntum mawar kerana secantik2 mawar itu tetapi masih ada halangan utk menggapainya,sama seperti pohon semalu yang ada duri..
duri disini dapat ditafsirkan sebagai pegangan yang teguh mereka terhadap agama. mereka begitu menjaga diri mereka dari sebarang sangka buruk.

akan disambung dipenulisan akan datang