andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu. ..kepada- NYA Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu
sholat yang dikerjakan.. .sungguh khusyuk lagi tawadhu
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih.. .berqiamullail. ..bertahajjud. ..
mengadu...merintih. ..meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong ridha Ar-Rahman
Duhai Ilahi....
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti
Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia ...meminta belas-NYA
andai benar ini Ramadhan terakhir buat kita
MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH AKU LAKUKAN
Sunday, August 1, 2010
suatu ketika

setiap kali mendengar alunan bacaan sayid saad al-ghamidi pasti setiap kali itu jua la akan menggamit kembali kenangan lalu. sudah pasti aku akan terkenangkan saat aku bersama teman-teman ketika berada di zaman persekolahan ketika mana aku da teman berada di Aspura. pastinya setiap subuh akan berkumandangnya alunan bacaan ayat-ayat suci yang begitu syahdu...
pastinya saat itu bermulanya kedatangan kekasih yg sentiasa dirindui, saat aku dan teman2 belajar mengenal erti kedewasaan dalam mencari erti kehidupan yang bakal ditempuhi dimasa kan datang.
di saat alunan bacaan ayat suci itu memeecah keheningan subuh yg membangkitkan jiwa-jiwa untuk menyucikan diri menghadap "kekasih agung" dalam mendamba kerahmatan dan memanjat kesyukuran.
tika itu saat ramadhan menjelma, seringkali alunan bacaan sayid saad al-ghamidi mengisi ruang waktu dan ketika menanti waktu berbuka dan waktu sahur...
akan disambung diperutusan akan datang
Friday, July 30, 2010
kekasih yang sering dirindui
assalamualaikum dan salam sejahtera..
sebagai seorang insan kita tidak lepas dari pelbagai rasa dan perasaan. suka, duka, sayang, rindu, kasih dan sebagainya..
tidak janggal sekiranya di sini saya coretkan temtang kerinduan terhadap kekasih..
setiap dari kita akan mempunyai perasaan kasih dan sayang..tapi mungkin yg kita kasih dan sayang itu berbeza..setiap insan ada kerinduan yang tersendiri...
tidak terasa hairan seandai saya menyatakan yang saya merindui kekasih..
tapi kaliini kekasih yang saya cuba maksudkan bukan lah insan tetapi bulan yang sering didambakan oleh setiap mukmin..iaitu bulan ramadhan..
marhaban ya ramadhan..

Saturday, July 24, 2010
luahan kretivitiku
Thursday, July 22, 2010
melakar lukisan indah di balik wajah yang suram
salam ukhhwah fillah...
setelah lama menyepikan diri, diri ini terpanggil utk kembali mencoret dan menukilkan sesuatu. kerap kali tangan terasa ingin menari di lapangan keyboard tetapi kesempatan masa sering mencemburui. tetapi kini kugagahi jua jemari ini utk berlari menukilkan sesuatu yg terpendam di balik rasa diri.
Tanpa kita sedar, diri kita sering melukiskan lukisan yang hampir sama sepanjang kehidupan kita. mungkin kerana ia terhasil dari rutin yang biasa kita jalani. bagaimana kita ingin menghasilkan sesuatu yg indah jika kita sering kali alpa dengan kewajiban dan sering lupa dengan silaturrahim yg perlu dijalin. ada ketika langkah yg rutin perlu diubah bagi menzahirkan keakraban antara insan.
Kekadang perubahan suasana membuatkan kita takut dengan perubahan suasana itu tapi mungkin jua ia akan membuatkan kita begitu gembira dengan perubahan itu.
Ada masanya kesuraman sering melanda pabila kita berada dalam situasi yang baru..mungkin keserasian yang belum muncul mengakibatkan kesuraman itu muncul tetapi pabila keserasian muncul secara sendirinya ia akan melakarkan lukisan yang indah diwajah nan sekian lama itu sepi di balik kesuraman.
Mungkinkah wajah rahsia hati setiap insan itu akan terpancar dibalik senyuman?

Subscribe to:
Posts (Atom)