Wednesday, February 24, 2010

tah apa-apa

teman...
izinkn aku beristirehat sebentar..
setelah menempuh segala kelelahn hr...
mungkin ini istirehat yg sekian kalinya...
biar la istirehat ku pnjg
dan mungkin ini istirehat ku yg terakhir kalinya...

mungkinkah lagi istirehat yg terakhir ini akn menjemputku atau sekadar mnjengah?

lambaiannya semakin kerap memanggil2

Sunday, February 21, 2010

survey ke g jalan-jalan

minggu lepas aku dan rakan-rakan telah di berikan tugas.
aku cume buat sekitar kg aku je..
sepanjang menjalankn survey banyk yg aku dapat...
aku merasa perasaan di marahi

tapi yg paling lucu utk aku ingat ialah pengalaman dimana aku kene kejar anjing,,
aku pon tak sedar bila aku kena kejar. masa tu aku wt survey di Rasa..anjing tu betul2 dekat ngn kaki aku...hahahah..nasib baik la aku naik moto..kalu x alamatnye kene samak la kaki aku hr tu..

tp banyak juga ilmu baru yang aku dapat dr kalangan para Dr ni..
ada yg sudi berkongsi pengalaman dan ada juga yg mempunyai pndangan sm seperti aku..
aku akn jd kne perkongsian itu sbgai pengetahuan yg xmungkin aku dpt dlm kls or kursus

Monday, February 15, 2010

ANDAI KU TAHU

andai ku tahu....
bebintang yang nun jauh di angkasa tak seindah bulan purnama
tak kan ku cuba melompat tinggi

aku sering memandang bebintang di langit
kekadang aku lupa bahawa bulan itu yang sering menemaniku
bulan itu yg sering menerangku
kenapa aku sering lupa tentang bulan itu...


kenapa aku sering mengimpikn bintang
sedangkan aku ada bulan...

semakin tinggi ku cuba melompat
maka semakin kuat aku jatuh..
tp semua itu tidak ku sedari
sehingga bulan itu hilang dari pandanganku
dilitupi awan mendung
yang aku sendiri tidak pasti bilakah mendung kan beralih
adakah hujan akan menimpa
atau sekadar mendung menduga...

aku pasti dan aku yakin
suatu detik nanti pasti kan muncul kembali bulan itu..
aku tidak pasti bilakah bulan itu kan muncul kembali
atau kau yang pergi dahulu..

ku harap ku kan dapat menggapai kembali bulan itu..
tidakkan ku persiakan bulan itu buat kedua kalinya..
ku kan menjaga dan merwat bulan itu dengan semampu ku

Thursday, January 28, 2010

Fantasi Atau Dalam Realiti

Kita sering mendengar persoalan mengenai org yang mnghadapi tekanan hidup.
Terdapat banyak yang boleh dikatagorikan sebagai tekanan sama ada dari luar diri seorang manusia itu mahupun konflik dalam individu tersebut.
Ada yang menggelarkannya sebagai depress. Tetapi di sini sy Cuma ingin menyentuh satu sahaja iaitu mereka yang menghadapi tekanan ini cuba berimejinasi dengan mewujudkan dunianya sendiri yang mana mereka menetapkan semuanya indah belaka di alam ciptaan mereka sehingga ada yang terperangkap dalam dunia fantasi mereka itu.
Mereka bukan lah golongan yang mempunyai masalah mental tetapi mereka ini ada setengahnya ingin lari dari dunia reality yangmereka anggap begitu sukar. Dengan itu mereka cuba membentuk satu alam atau fantasi mereka tentang kehidupan atau mewujudkan kekasih fantasi yang mereka anggap seorang kekasih yang serba sempurna, tetapi hakikatnya mereka cuba menipu diri mereka tetapi adakalanya mereka ini tidak sedar yang mereka sedang berfantasi sehingga ada setengahnya kita lihat senyum sendiri dan ada juga yg terus terperangkap dalam alam fantasi mereka sehingga begitu sukar untuk membezakan antara dunia fantasi mereka dan juga dunia reality…
Berfantasi atau berimejinasi itu tidak salahnya dan adakalanya kita amat memerlukan keadaan fantasi bagi mengurangkan tekanan hidup tetapi ia perlulah di batasi supaya tidak mengundang perkara yang lain dan sehingga membelakangkan agama..
Kenapa mereka ini berfantasi sehingga melupakan yng reality??
Adakah mereka ini tidak mendapat sokongan dan dokongan dari teman atau mereka ini merasa begitu tersisih oleh teman-teman mereka?
Atau tekanan itu datangnya dari sikap teman2 mereka???

Wednesday, January 27, 2010

benarkah calon2 MPP tidak berkualiti??

satu persoalan yg kerap kali timbul apabila menjelang pilihan raya..
tidak kira la pilihan raya umum mahu pn pilihan raya kampus..
persoalannya ialah...apakah kreadibiliti seseorg calon itu??
adakah dia layak atau mampu menggalas tugas dibahunya?
adakah umum mengenali calon itu sebelum dia menjadi calon???

kita ambil contoh yang paling dekat dengan pelajar iaitu pilihan raya kampus..
setiap kali pencalonan pastinya ada wajah-wajah yg dikenali dan tidak kurang juga yg tidak dikenali..

kenapa gerakan yang ingin menjadi calon hanya wujud ketika ingin menyertai pilihan raya sahaja..
kenapa gerakan ini tidak di gerakkan seawal mungkin???

ramai calon yang dilihat hanya bijak bermadah...adakah mereka bijak dalam memenangi hati pengundi mereka???

ada sumber yang menyatakan yg calon kali ini menegaskan menifeto yang seolah-olah ingin menggapai bintang dilangit tapi hakikatnya terdapat banyak sekali batu-batu yang sama cantik atau yg lebih baik dari itu tidak dihiraukan oleh calon tersebut..
bagaimana mencari intan di dalam timbunan kaca???

fikir-fikirkan lah wahai teman

adakah masih di sini?

esok adalah antara tarikh yg tidak dapat aku lupakan sepanjang hidupku yang mana pada tarikh inilah seorang insan yang bergelar adeq dilahirkan. tapi sayang dia telah pergi mendahuluiku...aku masih merasa kehilangan walaupun telah 10 bulan berlalu.
aku merasa amat rindu pabila aku pulang ke rumah setiap hari.
pastinya ak akan terbayangkan wajah adeq masih di situ. masih seperti dahulu..
masih sama..masih tersenyum riang.tambahan pabila aku melihat putih dan oren.psti aku akan membuatkan aku lebih merindui adeq..

aku lebih merindunya pabila waktu yg kami selalu makan masa tengok berita. kami adik beradik pasti akn berebut hendak duduk di tiang tengah2 rumah.
aku masih terbayak saat dan ketika itu..
aku tidak mampu untuk menahan sebak ini lalu ku cuba untuk luahkannya di sini.

aku masih merasakan yang adeq masih bersama aku setiap ketika, setiap waktu malah di setiap penjuru rumah aku masih terbayang wajah adeq yg ku syg

kenapa ku rasa begitu kosong nye hati ini

salam..
rasanya agak lama aku menyepi dari menulis di blog aku ini...
walaupn bnyk yg ingin aku tuliskn sebelum ini tapi ht ku tidak rasa ingin menulis di sini...
tapi buat kali ini hati ku terpanggil untuk menulis kembali...
apakah yang masih terpendam dalam ht ini

itulah persoalan yg sering bermain didalam minda ku ini..

kenapa waktu dan ketika ini hatiku berasa begitu kosong??
adakah aku telah begitu jauh dari matlamatku??

adakah aku sering melupakan tanggung jawab ku?
rasanya tidak...aku tidak melupakan tanggung jawab ku...
mungkinkah aku merindui saat dan detikitu???

mungkin dan aku begitu pasti yang aku memang amat merindukan detik itu...

kenangan itu sering bermain dibenak ku...

aku merasakan aku seperti tidak mampu lagi utk terusan begini...

kini ku ssedar betapa pentingnya detik itu utk ku lupakan..
aku sering alpa dgn kepenting detik itu dalam hidupku....

adakah aku masih mampu bertahan utk kesekian kalinya...

adakah aku masih kuat dan mampu menghadapi mereka seperti suatu ketika dahulu...
adakah kewujudan aku hanya sekadar itu sahaja?