Wednesday, February 8, 2017

PERMATA YANG DICARI II

permata yang dicari

puasku mencari
puas kurenungi
dalam lelah kuselusuri onak dan duri
buat menyingkap gemerlap permata
namun masih samar

dibalik kesamaran terselindung sebuah sirna
sirna yang perlu digali dibalik untaian tanih

9 feb 2017

MEMAKNAI CINTA

“Adakah tapak tanganmu berkeringat, hatimu
berdebar kencang dan suaramu tersekat di dadamu?
Itu bukan Cinta, itu SUKA.

Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan
mata darinya?
Itu bukan Cinta, itu NAFSU.

Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu
ia ada di sana?
Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.

Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang
diinginkan semua orang?
Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN.

Adakah kamu tetap mengatakan kamu
menyintainya kerana kamu tidak ingin melukai
hatinya?
Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.

Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan
matanya membuat hatimu melompat?
Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.

Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana
kamu mengambil berat tentangnya?
Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.

Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap
hari hanya dia yang kamu fikirkan?
Itu bukan Cinta, itu DUSTA.

Adakah kamu rela memberikan semua perkara
yang kamu senangi untuk kepentingan dirinya?
Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.

Tetapi

Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran
antara kesakitan dan kegembiraan yang
membutakan dan tak terfahami … menarikmu
mendekati dan tetap bersamanya?
ITULAH CINTA.

Apakah kamu menerima kesalahannya kerna itu
bahagian dirinya dan siapa dirinya?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setia
dengannya tanpa penyesalan?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu menangis kerana kesakitannya
walaupun saat itu dia kuat?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia
bersedih?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia?
ITULAH CINTA.

Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh
jiwamu begitu mendalam sehingga menusuk?
Yang demikian itulah namanya CINTA.
kdg2 org yg couple sendiri confuse cinta ke sayang?

cinta cukup ke dalam hubungan kalau takde sayang?

kalau sayang je, tapi tak cinta camne lak

ape beza cinta dn sayang

PERMATA YANG DICARI

permata yang dicari

telah kuselami
puas kurenungi
di manakah ia yg dicari
masih adakah ia disitu atau kemanakah ia pergi

adakah permata itu masih tersembunyi dibalik kaca
atau permata itu telah digilap dan dipelihara

Istimewa Buat Yang Bernama Wanita


-->
Buat teman-teman yang diingati..
Jangan dicinta kerana dia lelaki
Kelak kita akan membenci
Jika dia bukan lelaki yang dicari
Hanya pandai menabur janji...

Jangan di rindu pada paras rupa
Kelak kita akan terseksa
Jika dia tidak sebaik rupanya
Senyumnya manis tipu belaka...

Jangan disayang kerana berharta
Kelak kita hidup menderita
Jika hartanya habis dibelanja
Sukar hidup, miskin dan papa...

Jangan dikasih kerana dipuji
Kelak kita menagih janji
Jika rupa berkedut dimamah hari
Hilang sudah puji memuji...

Jangan dicari seorang kekasih
Kelak kita akan disisih
Jika kasih luntur bersih
Menangislah diri hidup bersedih...

Jangan disambut salam rindu
Kelak kita menahan sendu
Jika rindu tak dapat disatu
Dimanakah kita akan mengadu...

Jangan dilayan seorang teman
Kelak hidup menjadi ancaman
Jika teman tidak beriman
Dibakar api hari kemudian...

Wahai sahabat wahai teman
Carilah dia kerana tuhan
Untuk menambah ceteknya iman
Bekalan diri hidup berteman...

Wahai sahabat wahai teman
Cintalah dia kerana beriman
Dijadikan tuhan sebagai pasangan
Baik buruk ketentuan tuhan

Wahai sahabat wahai teman
Terimalah dia penuh keikhlasan
Andai buruk angaplah dugaan
Andai baik pujilah tuhan...

Wahai sahabat wahai teman
Ingatlah akan janji tuhan
Isteri yang baik besar balasan
Suami penyabar itulah kemenagan...

Thursday, October 31, 2013

Monday, September 2, 2013

APABILA KENAIKAN BERLAKU



Setiap dari kita pasti terkejut dgn kenaikan harga petrol sebanyak RM 0.20…banayk jg komen2 dr rakan fb serta sahabat…ramai yg merungt dan xkurang juga ada yg suka( nada menyindir). Minyak naik 20 sen. Nilai yg besar bg golongan sederhana ke bawah. Membawa kesan secara holistik terhadap rutin perbelanjaan dan kehidupan seharian.
Di sini saya cuba berkongsi sedikit ilmu…
Apabila kenaikan minyak berlaku, maka barang keperluan lain juga bakal meningkat harganya. Kesan secara langsung akan dirasa oleh golongan yg berpendapatan bawah dari rm1500 ke bawah bagi bujang dan RM2500 ke bawah bagi yg berumahtangga..di sini sy cuba huraikan sedikit kesannya..
Contoh :
 
Sebelum kenaikan
Selepas kenaikan
perbezaan
Petrol (jika motosikal)
RM 40/ MINGGU
FULL TANK
RM44/ MINGGU
FULL TANK
RM4/minggu
Petrol (kereta jenis 1.6 ke bawah)
RM 80/ minggu
RM 88/minggu
RM8/minggu
Belanja dapur
Termasuk sayur, ikan, beras, ayam & keperluan dapur asas
Berdasarkan keadaan semasa
 
RM 100/minggu
 
Dgn andaian, kenaikan kos pembekal
RM 135/minggu
 
 
Rm 35
Bil elektrik ( sblm tarif dikaji semula)
*RM35/month
*bg yg hanya ada peti ais, mesin basuh, tv  n komputer
*RM35/ month
 
-
Bil air
*RM 25
Keluarga kecil
*RM25
-
Bayar balik pinjaman
1.    Kereta ( minimum)
2.    PTPTN( bg yg meminjam)
 
RM 400
RM 50 (minimum)
 
RM400
RM50(minimum)
 
-
-
Jumlah
RM690
( tanpa mengambil kira motosikal dan sebelum petrol & belanja dapur di darab 4)
RM733
( tanpa mengambil kira motosikal dan sebelum petrol & belanja dapur di darab 4)
RM 43
JUMLAH
RM 1230
(.:DGN ANDAIAN HANYA 4 MINGGU SEBULAN)
RM 1402
(.:DGN ANDAIAN HANYA 4 MINGGU SEBULAN)
RM172
Ini hanya perkiraan asas…
.: ANDAIAN BAGI YG BARU BERKAHWIN DAN KELUARGA KECIL. SEKADAR PERKONGSIAN DAN KAJIAN RINGKAS
                                                -INSAN YANG MASIH BELAJAR-