Sunday, May 24, 2009

Abyad Al-I'tisodi: being friend

Abyad Al-I'tisodi: being friend

being friend

Being friends is about sharing our lives with others. There are some aspects of our lives that require that we spend a lot of time together or a lot of writing to help convey our feelings. Other times sharing only a few words are more than adequate. It is not always the long conversation that conveys the deepest feelings. Sometimes, longer modes of expression may seem redundant and lacking in profundity. Putting just the right combination of words on paper in a succinct style may just hit the spot.

Buat Kerja Kerana Allah

Buat Kerja Kerana Allah ¿..
Jangan diungkit walau sezarah
Hati tidak berasa gundah
Perasaan tidak mudah marah
Segala urusan menjadi mudah
Kerja tidak menjadi susah
Tenaga tidak menjadi payah
Fikiran tidak keluh kesah

Buat Kerja Kerana Allah ¿..
Terlari niat membawa padah
Hati hendaklah sentiasa di lembah
Letakkan diri dipaling bawah
Menyimpan ujub adalah barah
Halatuju menjadi terarah
Ketaatan tidak di tarah-tarah
Komitmen bersama mudah di kerah

Buat Kerja Kerana Allah ¿..
Bakti hendaklah sentiasa di curah
Segala pujian dianggap dadah
Keaiban diri harap di dedah
Mimpikan pangkat mengundang parah
Segala keputusan adalah musyawarah
Segala kesusahan di lihat riadah
Segala kelebihan adalah anugerah

Buat Kerja Kerana Allah ¿..
Rezeki subahat haram menjadi darah
Hak orang jangan di jarah
Kuasa makhluk tidak disembah
Musuh tidak mudah mengacah
Kawan jangan dijadikan amah
Maksiat jangan dibiar bernanah
Punca masalah hendaklah dirajah
Perbualan jangan ditambah perencah

Buat Kerja Kerana Allah ¿..
Jangan takut turun kelembah
Bisikan hendaklah selalu dilapah
Harapan kawan bersama dicecah
Kelebihan kawan jadikan madrasah
Hal yang kecil jangan direnyah
Prinsip jangan mudah goyah
Kelemahan kawan jangan digeledah

Buat Kerja Kerana Allah ¿..
Pasti tahu membezakan antah
Rahsia disimpan bukan dimuntah
Mendoakan kawan menjadi lumrah
Amalan kebaikan bercambah-cambah
Syaitan pasti gagal meludah
Pintu syak ditutup dengan mas merah
Kepada nafsu jangan mengalah

Buat Kerja Kerana Allah ¿..
Jangan sekali terasa culah
Jauhkan tamak utamakan barakah
Keazaman jangan dibiar lelah
Diri jangan dibiar berkelah
Perut jangan makanan berkolah
Ilmu hendaklah sentiasa bersekolah
Ibadah biar tinggi menggalah
Kepuasan jangan dibiar sudah
Semangat biar sehebat Handzalah

Buatlah Kerja Kerana Allah ¿..
Kerja bukanlah main redah
Diri tidak menadah-nadah
Tiada bezanya yang punya ijazah
Alhamdulillah dibibir sentiasa basah
Zikir dihati sentiasa menerjah
Setiap waktu ditikar sejadah

Buat Kerja Kerana Allah ¿..
Dengan kawan sentiasa berhemah
Pada yang dengki jangan disumpah
Kelemahan kawan jangan dilihat sampah
Jangan juga dianggap masalah
Usahakan kebaikan sentiasa bertambah
Supaya yang gelap dapat di cerah

Buat Kerja Kerana Allah ¿..
Pendapat orang jangan disanggah
Pendapat sendiri jangan terasa gah
Kekurangan kawan jangan disesah
Perkataan baik sentiasa dimadah
Keharmonian persahabatan sentiasa di asah
Jangan membuat sahabat resah
Rezeki dikumpul untuk ke Mekah
Bukannya untuk bermegah-megah
Latihlah diri menjadi tabah
Maruah jangan dibiar murah

Buat Kerja Kerana Allah ¿..
Segala perlakuan menjadi ibadah
Segala penyelewengan terasa bersalah
Rasakan kerja semuanya indah
Hendaklah sentiasa bermujahadah
Hindarkan segala sifat mazmumah
Himpunkan segala sifat mahmudah
Persahabatan jangan dipecah-pecah
Tiada yang mustahil semuanya munasabah
Orang jangan di acah-acah
Ehwal kawan sentiasalah jengah
Segala bantuan jangan dilengah

Moga semuanya mendapat inayah
Agar terbuka pintu hidayah
Terlindung dari segala jenayah
Ingatlah selalu pesan Abah
Ingatlah pula pesan Rasulullah
Hanya pada Allah kita berserah ¿.

hadiah kekasih

Hadiah yang anda beri kepada kawan/kekasih/ isteri/suami anda mempunyai
maksud yang tersirat...

JAM TANGAN... ... ... Tanda meningati setiap masa dan waktu.

CINCIN... ... .... ... .Tanda ikatan kasih yang abadi.

GELANG... ... ... ... .Tanda mesra

RANTAI LEHER ... ... .Ikatan cinta yang perlu perhatian.

SUBANG... ... ... ... .Tanda penghargaan dan penghormatan.

KASUT... ... ... ... ..Sentiasa mengambil berat/prihatin.

PAKAIAN/KAIN. .. ... .Semoga kasih berkekalan dan dekatselalu.

PAYUNG... ... ... ... .Tanda kasih dan sentiasa ingin melindungi.

MINYAK WANGI... ... .Tanda cinta

BINGKAI GAMBAR... ..Sentiasa merindu dan tak ingin berjauhan.

BUKU... ... ... ... ... Bersifat terbuka dan bertolak ansur.

BUNGA... ... ... ... ... Tanda perkenalan dan tanda sayang

COKELAT ... ... .. semanis cintamu.

LAGU/CD/KAD UCAPAN ... ... ... mengabadikan cinta

SEJADAH DAN ALQURAN... ... ... tandanya kekasihnya ituvmenyayanginya dunia
dan akhirat.

Satu lagi... . zaman mellinieum.. . .

HANDPHONE... tandanya... . kau jangan lari dariku!!!!.. . .. .aku kan cari
kamu walau dimanapun... melainkan kalau handphone tu ditutup... ..

renungkan la

Ada orang menyangka mati itu senang

Apabila mati kita ditanam kemudian jadi tanah habis cerita

Yang susah hanya di dunia,apabila mati selesailah masalah

Orang ini tak pernah belajar,dia anggap mati itu mudah

Padahal kalau tidak ada iman, syariat diabaikan mati sangat menyakitkan

Dia akan menempuh 4 babak yang sangat menakutkan

Kesakitan mati macam pukulan tiga ratus pedang yang tajam

Di dalam kubur pula dipukul dan dibelasah oleh mungkar nakir sangat sakitnya

Makin lama kiamat lamalah masa menerima azab kubur

Dia diazab tidak ada ringan-ringan

Dipukul dipalu oleh malaikat amat ganasnya

Terpekik terlolong tidak ada siapa yang menolongnya

Di padang mahsyar dibiarkan beratus-ratus tahun

Di dalam keadaan tidak berpakaian matahari di atas ubun amat panas

Terlontar terbiar macam cacing kepanasan tiada siapa yang menolongnya

Masing-masing tidak memperduli, masing-masing jaga diri

Akhir sekali meniti sirotolmustaqim, kemudian berguguranlah ke dalam api

Di dalam neraka yang panas dirantai dipukul dibelengu makan buah zaqum yang panas

Dengan bau busuknya kalau terbau oleh makhluk dunia semuanya mati

Di dalam neraka kekal abadi tidak diukur oleh masa lagi

Marilah kita insaf dengan cerita ini marilah kita menyiapkan diri

Agar kita selamat dengan penderitaan yang diceritakan tadi

sama menghhayati

SAMA-SAMALAH KITA MENGHAYATINYA...........

Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...

Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...

Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..

Siapakah org yg KEDEKUT ? Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang email ini begitu sahaja, malah dia tidak menyampaikan pula pada org lain.

cite lawak

1) Jilat-jilat bila dah basah baru cucuk, jilat-jilat bila dah basah baru cucuk
Masukkan benang dalam jarum

2) Banyak-banyak bas, bas apa yang pandai
Bas sekolah lah, the only bas pegi sekolah

3) Banyak-banyak mi, mi apa yang boleh makan ngan ais
MILO AIS

4) Kenapa anjing kencing angkat sebelah kaki
Sebab kalau dia angkat dua kaki, dia jatuh sebab tulah dia angkatsebelah aje.

5) Apa perbezaan lampu stadium ngan lampu bilik
Lampu stadium kalau ada ¿game¿ dia pasang, tapi kalau lampu bilik ada ¿game¿ dia padam

6) Apa binatang, badan kecik macam semut tapi mata besar ¿bulb¿ mentol
Semut yang matanya BENGKAK

7) Mana lagi tua, motorsikal ke kereta?
Motorsikal¿¿sebab dia pakai tongkat

8) Kangkang peluk, kangkag peluk, bila dah dekat climax pegang buah
Panjat pokok kelapa

9) Ahmad bin Abu, kambing bin apa?
Kambing binATANG

10) Bagaimana nak bezakan ikan betina ngan ikan jantan?
Ikan betina - ikan duyung, ikan jantan, ikan bakar, mana ada pompuan nama BAKAR

seindah mawar berduri

seindah mawar berduri...
mawar yang indah sentiasa melindungi dirinya dengan duri bagi menghalang dirinya disunting sebelum waktunya.
mawar sering dikaitkan dan disamaertikan dengan wanita. kenapa wanita??
kerana wanita@perempuan yang baik akn sentiasa memelihara dan menjaga dirinya dengan sebaik-baik penjagaan. mawar berduri adalah kiasan buat perempuan yang begitu menjaga kehormatan dan maruah diri serta agamanya. perempuan seperti ini lah yang di sarankan kepada setiap lelaki memilihnya. dalam hadis nabi baginda bersabda yang mafhumnya bermaksud
"nikahi wanita atas empat perkara iaitu keturunannya, hartanya, kecantikkannya dan agamanya, maka pilihla yang beragama nescaya kamu selamat"

dari hadis tersebut dapat kita fahami bahawa mawar yang berduri itu adalah wanita yang baik pekertinya, molek akhlaknya. cantik dihati bakal suaminya. kecantikan wanita tidak hanya dinilai dari aspek luaran tetapi segenap aspek diambil kira bagi menilai kecantikan itu.

kenapa mawar berduri dikiaskn buat wanita yang baik??
kerana wanita yang baik begitu menjaga diri,maruah seta agamanya.

Friday, May 15, 2009

selamat hari guru

salam sejahtera, 16 mei menjelang lagi buat sekian kalinya. di sini ingin saya rakamkan setinggi-tinggi penghargaan terhadap seluruh yg terlibat dalam bidang perguruan. begitu besar jasa seorang guru terhadap bangsa, negara serta agama khususnya. tanpa guru maka tidak akan lahir lah golongan cendiakawan yang bijak pandai. saya ingin memanjatkan rasa syukur kehadrat Allah s.w.t yang mengutuskan contoh tauladan pendidik yang cemerlang iaitu Rasulullah s.a.w yang begitu gigih menyampaikan wahyu yang diturunkan. baginda juga adalah "ROLE MODEL" yang harus dicontohi oleh seorang pendidik dan juga pendakwah dalam membentuk ummah yang berkualiti serta menjamin kesejahteraan umat manusia sejagat.

Monday, May 11, 2009

sesudah exam

peperangan sudah berakhir. senjata kembali di simpan utk sem hadapan yang mungkin lebih mencabar. begitulah rutin seorang pejuang yang bernama pelajar yang terpaksa berjuang mengangkat pena dalam menuntut ilmu. selesai peperiksaan bermakna berakhir perang buat sementara tetapi pejuangan masih perlu diteruskan kerana hidup diluar kampus lebih mencabar. begitu banyak cabaran yang bakal ditempuhi oleh setiap manusia.