Sunday, May 24, 2009

seindah mawar berduri

seindah mawar berduri...
mawar yang indah sentiasa melindungi dirinya dengan duri bagi menghalang dirinya disunting sebelum waktunya.
mawar sering dikaitkan dan disamaertikan dengan wanita. kenapa wanita??
kerana wanita@perempuan yang baik akn sentiasa memelihara dan menjaga dirinya dengan sebaik-baik penjagaan. mawar berduri adalah kiasan buat perempuan yang begitu menjaga kehormatan dan maruah diri serta agamanya. perempuan seperti ini lah yang di sarankan kepada setiap lelaki memilihnya. dalam hadis nabi baginda bersabda yang mafhumnya bermaksud
"nikahi wanita atas empat perkara iaitu keturunannya, hartanya, kecantikkannya dan agamanya, maka pilihla yang beragama nescaya kamu selamat"

dari hadis tersebut dapat kita fahami bahawa mawar yang berduri itu adalah wanita yang baik pekertinya, molek akhlaknya. cantik dihati bakal suaminya. kecantikan wanita tidak hanya dinilai dari aspek luaran tetapi segenap aspek diambil kira bagi menilai kecantikan itu.

kenapa mawar berduri dikiaskn buat wanita yang baik??
kerana wanita yang baik begitu menjaga diri,maruah seta agamanya.

No comments: