Friday, July 30, 2010

kekasih yang sering dirindui

assalamualaikum dan salam sejahtera..
sebagai seorang insan kita tidak lepas dari pelbagai rasa dan perasaan. suka, duka, sayang, rindu, kasih dan sebagainya..
tidak janggal sekiranya di sini saya coretkan temtang kerinduan terhadap kekasih..
setiap dari kita akan mempunyai perasaan kasih dan sayang..tapi mungkin yg kita kasih dan sayang itu berbeza..setiap insan ada kerinduan yang tersendiri...
tidak terasa hairan seandai saya menyatakan yang saya merindui kekasih..
tapi kaliini kekasih yang saya cuba maksudkan bukan lah insan tetapi bulan yang sering didambakan oleh setiap mukmin..iaitu bulan ramadhan..

marhaban ya ramadhan..

Saturday, July 24, 2010

Kartun Bahasa Arab terjemahan bahasa Melayu tentang kecurangan dalam jua...

luahan kretivitiku






setaip org ada minat tersendiri
ku rasa photografi mngkin sesuatu yg tidak berapa sukar untuk diterokai tapi ia bergantung ke atas kreativiti individu tersendiri
disni kucuba lampirkan beberapa hasil yg kudapa pd hr ini

Thursday, July 22, 2010

melakar lukisan indah di balik wajah yang suram

salam ukhhwah fillah...
setelah lama menyepikan diri, diri ini terpanggil utk kembali mencoret dan menukilkan sesuatu. kerap kali tangan terasa ingin menari di lapangan keyboard tetapi kesempatan masa sering mencemburui. tetapi kini kugagahi jua jemari ini utk berlari menukilkan sesuatu yg terpendam di balik rasa diri.
Tanpa kita sedar, diri kita sering melukiskan lukisan yang hampir sama sepanjang kehidupan kita. mungkin kerana ia terhasil dari rutin yang biasa kita jalani. bagaimana kita ingin menghasilkan sesuatu yg indah jika kita sering kali alpa dengan kewajiban dan sering lupa dengan silaturrahim yg perlu dijalin. ada ketika langkah yg rutin perlu diubah bagi menzahirkan keakraban antara insan.
Kekadang perubahan suasana membuatkan kita takut dengan perubahan suasana itu tapi mungkin jua ia akan membuatkan kita begitu gembira dengan perubahan itu.
Ada masanya kesuraman sering melanda pabila kita berada dalam situasi yang baru..mungkin keserasian yang belum muncul mengakibatkan kesuraman itu muncul tetapi pabila keserasian muncul secara sendirinya ia akan melakarkan lukisan yang indah diwajah nan sekian lama itu sepi di balik kesuraman.
Mungkinkah wajah rahsia hati setiap insan itu akan terpancar dibalik senyuman?