Saturday, May 1, 2010

ELOK DAH TU...... CUMA KALAU BOLEH


>Rajin sgt ziarah tempat-tempat menarik untuk tambahkan pengalaman da luaskan pengetahuan. ELOK DAH TU... CUMA KALAU BOLEH.... jgn terlampau boros, ingatkan nasib mereka yg tidak mampu ni. bila jimat sure xrugi

>Sibuk dgn persatuan tak kire tempat.ELOK DAH TU..CUMA KALAU BOLEH....kita bersatu jgn berpecah-pecah dan jgn bermasam mukakerana berlainan fikrah, kan kita ni org Islam yg bersaudara.

>Terlampau peramah dan mudah mesra.ELOK DAH TU..CUMA KALAU BOLEH....bataskan pergaulan yang berlainan mahram, tak manis org pandang lagi pun kita ni tahu hukum hakam.

>Pemalu sangat, ELOK DAH TU..CUMA KALAU BOLEH.... biarlah bertempat, jgn sampai tak faham pelajaran pun malu nk tanya, malu bertanya sesat jalan.

>Rajin sgt menela'ah pelajaran, ELOK DAH TU..CUMA KALAU BOLEH.... bantulah rakan-rakan yg kurang sikit ni, jgn nk berjaya sorg-sorg, kn kita ni serba kekurangan.

>Nampak kemas dan cantik berjubhah, ELOK DAH TU..CUMA KALAU BOLEH.... jgn lah anggap yg tak berjubah ni jahat, sedangkan Abu Jahal pun berjubah, rambut sama hitam tp hati lain2.

>Hidup tak kacau org lain, ELOK DAH TU..CUMA KALAU BOLEH.... jgn sampai tak campur org lain, kite ni hidup bermasyarakat, mati nnt sape nk urus, masyarakat jg.

>Cukup aktif bersukan, ELOK DAH TU..untuk kesihatan dan kecerdasan, CUMA KALAU BOLEH.... jgn sampai abaikan tanggungjawab pada Tuhan, kelak sapa nk jwb di Mahsyar.

>Begitu jimat dalam perbelanjaan dan pandai menyimpan, ELOK DAH TU..CUMA KALAU BOLEH.... hulur-hulurkanlah sedekah pd yg perlu, tak ke mana ruginye, jgn kedekut sgt..

“Adakah tapak tanganmu berkeringat, hatimu
berdebar kencang dan suaramu tersekat di dadamu?
Itu bukan Cinta, itu SUKA.

Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan
mata darinya?
Itu bukan Cinta, itu NAFSU.

Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu
ia ada di sana?
Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.

Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang
diinginkan semua orang?
Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN.

Adakah kamu tetap mengatakan kamu
menyintainya kerana kamu tidak ingin melukai
hatinya?
Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.

Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan
matanya membuat hatimu melompat?
Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.

Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana
kamu mengambil berat tentangnya?
Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.

Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap
hari hanya dia yang kamu fikirkan?
Itu bukan Cinta, itu DUSTA.

Adakah kamu rela memberikan semua perkara
yang kamu senangi untuk kepentingan dirinya?
Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.

Tetapi

Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran
antara kesakitan dan kegembiraan yang
membutakan dan tak terfahami … menarikmu
mendekati dan tetap bersamanya?
ITULAH CINTA.

Apakah kamu menerima kesalahannya kerna itu
bahagian dirinya dan siapa dirinya?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setia
dengannya tanpa penyesalan?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu menangis kerana kesakitannya
walaupun saat itu dia kuat?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia
bersedih?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia?
ITULAH CINTA.

Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh
jiwamu begitu mendalam sehingga menusuk?
Yang demikian itulah namanya CINTA.

ISTILAH PERASAAN


ISTILAH PERASAAN



SUKA - Perasaan yang wujud dalam diri semua orang. Kita akan suka pada seseorang itu jika dia telah membuatkan kita gembira atau menyenangkan hati kita walaupun orang itu belum kita kenali sepenuhnya.



MINAT - Perasaan suka yang mendalam hingga timbulnya rasa minat pada seseorang dan sebolehnya cuba mengikuti setiap perkembangan dirinya dan ingin mendekatinya.



SAYANG - Perasaan minat pada tahap luarbiasa hingga wujudnya rasa sayang dan merasa terlalu kasih pada seseorang itu hingga sanggup melakukan apa saja untuknya dan sentiasa memberi perhatian yang lebih padanya.



CINTA - Perasaan sayang yang keterlaluan hingga lahirnya rasa cinta lalu meletakkan seseorang itu di tempat yang paling istimewa dalam hatinya dan sentiasa menganggap orang itu adalah yang pertama dan terakhir dalam hidupnya. Pengertiannya terlalu suci dan luhur.



Cinta bukanlah paksaan kerana ia adalah kombinasi rasa suka, minat dan sayang.

Matlamatnya cuma satu....kaulah segalanya.