Wednesday, November 4, 2009

SEORANG LAGI MELANGKAH KE ALAM LAIN.....





PERHATIAN BUAT X-KUSZA....
SORANG LAGI KAWAN KITA AKAN MENDIRIKAN MAHLIGAI...
TARIKH 21 & 22
TEMPAT : RUMAH PENGANTIN LAKI N PGANTIN PEREMPUAN...
RAKAN TAULAN DIJEMPUT HADIR...

PASANGAN
FARIDZULAKIM (AKIM INTRADE) & ZALINI (AKU XKNL JD JGN TNY AKU EK :P )

Tuesday, November 3, 2009

KUSZA REUNION BATCH 2003-2006

Salam and good day to all my friend,
Dear all X-KUSZA 2003-2006..here the announcement about Reunion batch2003-2006..
Who can join? : All x-Kusza batch 2003 until 2006 (tak kisah la grad bila) jemput la join ye.. all maksudnya semua. tak kisah la SPI@SPP@Law@TESL@nursing.. lagi ramai lagi meriah ok?
~Place : Terengganu (but specific place still under discussing)
~ During school break and also consider other semester break for those that still study
~Duration : 3D2N or 2D1N (have to make pool)
~Theme : Family day and some activities (for fun n know each other --->ramai yg dah kawin, tapi tak kenal spouse memasing)
ORGANIZATION/ SECREARIAT
Miss Moderator : Siti Zanariah Suhaimi
Finance Representative : Amalina Ahmad
Place reservation : Nur Arifah
Banking Representative : Radiah Shalwa (rad_loveletter@yahoo.com /017-5660610)

Sunday, November 1, 2009

PEPERANGAN MELETUS KEMBALI


BUAT sekian kalinya peperangan meletus kembali setelah sepurnama menadah otak dan memerah keringat dalam menuntut ilmu...inilah lumrak serorang pejuang yang bernama pelajar......
kehidupan pelajar tadak asing dengan persaingan dan perebutan untuk mendapat tempat diantara yang terbaik....
sepanjang semusim kita bersengkang mata, menadah otak mendengar leteran seorang manusia yang bernama pensyarah. sederap kaki melangkah tanpa perlu menoleh kebelakang untuk terus mara kehadapan menjulang cita mengejar impian. itu lah iltizam insan yang begelar pelajar....
masihkah kau ingat teman bagaimana kita mengharungi ranjau perjuang ini...
adakah kau masih sama seperti permulaan perjuangan ini...
atau telahkah kau hanyut di bawa arus yang menghalangi perjuangan kita..
atau kau masih lena diulit mimpi...
sedar lah teman yang peperangan kini meletus kembali...
persiapkan lah persenjataanmu agar kau tak tewas di medan juang..
bangkit lah teman...ayuh bersama kita hadapi perpeangan ini...
bukan perang ku tapi peperangan kita bersama...
andai aku terleka sedarkan lah aku teman...
andai aku lemah mak kuatkan lah aku dengan semangat mu agar aku mampu menghadapi musuh yang datang....
ayuh lah kita berjuang menghadapi ujian...
inilah peperangan buat insan yang bergelar mahasiswa....

Thursday, October 29, 2009

Sunday, August 30, 2009

merdekakah kita??

Merdeka..merdeka…merdeka..
Inilah laungan semagat anak bangsa pasca merdeka.. tetapi merdekakah kita?? Secara fizikal ya, kita merdeka. Tapi adakah kita merdeka dari sudut penghayatan erti merdeka itu???? Adakah merdeka jiwa anak bangsa pasca merdeka ini. Adakah cukup erti kemerdekaan ini dengan laungan kemerdekaan sahaja tanpa penghayatan erti sebenar kemerdekaan ini… persoalan di sini bagaimana bakal kita isi jiwa bangsa pasca merdeka ini, bagaimana kita menerapkan semangat patriotic dalam jiwa setiap insan yang bergelar anak merdeka….
Adakah cukup dengan malam ambang merdeka sebagai tanda penghayatan kita?? Bagaimana pula dengan pengisian setiap jiwa ini, adakah kita sanggup melihat kemerdekaan yang kita kecapi kini hilangnya bagai bayu yang menghembus lalu??
Adakah kita telah merdeka secara total?? Persoalannya bagaimana kita dapat mengukur merdeka jiwa anak bangsa pasca merdeka sekiranya kita masih mengagungkan budaya yang ditinggalkan penjajah dan budaya yang dibawa masuk supaya anak pasca merdeka ini lalai dengan kenikmatan yang dikecapi seketika?? Bagaimana anak pasca merdeka ini dapat menangkis segala budaya baru yang dibawa masuk oleh pelbagai ideologi asing yang menginginkan anak pasca merdeka ini dijajah dalam penjajahan konteks baru “penjajahan minda”.
Jika kita merdeka secara total bagaimana masih terdapat lagi konsep penjajahan di alaf baru yang mana penjajah tidak lagi menggunakan persenjataan yang hebat dan besar serta nyata tetapi menggunakan cara yang begitu signifikan yang bakal Berjaya dan telah Berjaya dalam misi mereka. Mereka telah Berjaya mengembangkan budaya hedonisme yang telah banyak mempengaruhi pemikiran anak pasca merdeka ini. Mereka telah Berjaya menjauhkan kita dari matlamat asal kita dan Berjaya melalaikan kita dari tujuan utama kita sebagai anak pasca merdeka ini…
Sedarlah wahai teman, bangkitlah kita dari penjajahan alaf baru ini. Renunglah kembali harapan bangsa dan Negara terhadap kita anak pasca merdeka, adakah kita ingin terus berhibur tanpa memikirkan masa depan Negara kita di era pasca merdeka ini yang diwariskan para pejuang bangsa dan Negara. Adakah kita masih ingin berpeluk tubuh pabila melihat anak pasca merdeka lain terus hanyut dibawa arus yang tanpa kita sedari ini…

Friday, August 14, 2009

Bahasa jiwa bangsa…

Saya berasa tertarik dgn paparan majalah tiga pada 8/8/09 yg mana ia memaparkan tentang kepentingan menjaga aspek budaya sebagai contoh cina peranakan Kelantan dan sikh yg begitu menjaga aspek kebudayaan mereka.
Cina peranakan Kelantan begitu berbangga dgn sing yang menjadi satu-satunya tukang karut dikir barat dan tok dalang dalam pementasan wayang kulit.mereka begitu berbangga mengamalkan budaya peranakan yang merka warisi sejak turun-temurun. Ada dikalangan mereka mahir dalam penulisan jawi. mereka bercakap dalam dialek kelantan. mungkin ini menjadi kejanggalan apabila di lihat di kota-kota metropolitan tetapi tidak mustahil. sebagai contoh yg paling hampir indonesia dan Thailand mereka menggunakan bahasa mereka sendiri tanpa dipengaruhi dialek. di Indonesia umpamanya mereka menggunakan bahasa indonesia. mungkin mereka lebih terkehadapan dalam melaksanakan dasar yg dibawa oleh PM kita iaitu konsep 1Malaysia. mereka lebih dahulu menggunakan konsep yg dibawa oleh PM kita.

Masyarakat sikh pula terutama masyarakat sikh di perak terutama di Ipoh, mereka begitu bersungguh-sungguh menjaga bahasa dan budaya mereka. Masyarakat Sikh yang terkenal dalam bidang perundangan tetapi mereka tetap menitik beratkan amalan budaya mereka. Setiap masyarakat sikh mesti mengetahui amalan keagamaan mereka. Mereka diwajibkan menghadiri tempat ibadat mereka ketika waktu subuh ia mungkin sama dgn apa yg menjadi kewajiban umat Islam untuk menunaikan solat subuh tetapi mereka memulakan hari di tempat ibadat mereka. Golongan ini juga begitu mengamalkan budaya mereka walaupun dilanda arus globalisasi yg begitu hebat sehingga ada bangsa yang mungkin kehilangan jati diri bangsa mereka. Mereka begitu menitikberatkan setiap anggota masyarakat mereka mengetahui bahasa, budaya dan keagamaan mereka supaya tidak luput ditelan perubahan waktu dan peredaran zaman.
Bahasa jiwa bangsa…mungkin benar kata Hang Tuah “tak kan melayu hilang di dunia”. Tapi melayu yang bagaimana yang akan kita wariskan kepada anak cucu kita pada masa akan datang. Adakah kita ingin mewariskan mereka dengan melayu yang tanpa jati diri??? Adakah kita ingin dipersalahkan oleh anak cucu kita yang mana mereka telah kehilangan budaya dan warisan atas kealpaan kita?? Dimana jati diri mereka yg bakal kita wariskan??? Bagaimana kita ingin menangani permasalahan ini?? Jawapan mungkin mudah untuk dilafazkan tetapi bagaimana dengan perlaksannan dan langkah yg akan diambil?? Di mana silapnya golongan belia kita tidak mengetahui budaya mereka?
Seharusnya masyarakat melayu perlu berbangga dgn perwarisan budaya yg diwariskan oleh nenek moyang kita terdahulu. Ini kerana masyarakat melayu kita mempunyai kebudayaan unik disebabkan pertembungan dan asimilasi budaya. Sepatutnya masyarakat melayu harus tahu berbahasa Arab dan pandai menulis jawi tetapi kemana hilangnya semua itu.

hedonisme dan remaja

Hedonisme adalah pandangan hidup yang menganggap bahawa kesenangan dan kenikmatan material adalah tujuan utama hidup. Bagi para penganut faham ini, bersenang-senang, pesta, dan pelesiran merupakan tujuan utama hidup, entah itu menyenangkan bagi orang lain atau tidak. Karena mereka beranggapan hidup ini hanya 1x, sehingga mereka merasa ingin menikmati hidup senikmat-nikmatnya. di dalam lingkungan penganut paham ini, hidup dijalanani dengan sebebas-bebasnya demi memenuhi hawa nafsu yang tanpa batas.

golongan remaja banyak dikaitkan dengan penularan budaya ini. ini kerana remaja mempunyai rasa dan jiwa yang ingin mencuba sesuatu yang aru bagi memenuhi kekosongan di dalam jiwa mereka. adakah kita akan terus membiarkan generasi muda kita hanyut dengan budaya ini tanpa memikirkan kesannya terhadap pembinaan negara serta pembangunan modal insan yang cemerlang.

budaya mencari keseronokan ini adalah budaya yg dicetuskan oleh orientalis bagi melemahkan keimanan dalam setiap jiwa umat islam dan ini adalah cara yg paling berjaya dalam memerangi umat islam yang dilancarkan oleh golongan salib bagi mengalahkan umat islam supaya merea jauh dari agama mereka serta tidak faham akan agama mereka.

golongan "Salib" mula mencetuskan fahaman ini apabila setiap serangan mereka yg berbentuk fizikal telah gagal menghancurkan umat islam. jadi mereka memulakan peperangan dgn cara menyereng akidah umat islam dgn cara yg tidak mereka sedari.secara kasarnya serangan mereka ini telah dilihat sebagai berjaya kerana ramai remaja islam terutama di Malaysia lebih gemar mencari keseronokan yg singkat dan mulai lalai dengan suruhan agama.

Tuesday, June 9, 2009

bahasa inggeris subjek wajib mendapat sijil???

beberapa hari lepas menteri pelajaran membuat kenyataan tentang ingin menjadikan bahasa ienggeris (BI) sebagai subjek wajib mendapat sijil bg SPM..

beliau meminta pandangan umum mengenai pandangan beliau tersebut...pelbagai pihak menyatakan pendirian masing2 mengenai isu ini...ramai yang menyokong begitu juga yang tidak bersetuju..yg bersetuju memberi syarat bagi melaksanakan dasar baru ini. ada yg memberi syarat supaya kita tingkatkan dahulu tahap pencapaian pelajar kita dalam bahasa ibunda...

sebelum apa2 dasar itu dilaksanakan adalah lebih baik ia dikaji dari segenap aspek terutama tahap kemampuan kita dalam melaksanakan dasar ini.pada pandangan saya sebagai seorang mahasiswa dasar ini ada baiknya tetapi masa bagi melaksanakan dasr ini belum sesuai buat masa ini kerana bukan semua pelajar kita belum mencapai tahap yg membolehkan kita melaksanakan dasar ini..tetapi jika dibuat secara berperingkat2 dimulakan dengan kajian yang teliti supaya ia tidak menjadi sebagai PPSMI yg menjadi perdebatan hebat masa kini.

pada masa kini memang benar bahasa inggeris adalah bahasa perantaraan tetapi adakah masayrakat diluar bandar menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pertuturan??
jika BI menjadi bahasa perantaraan kemana bahasa ibunda akan kita letakkan. adakah kita akn pinggirkan bahasa yang satu ketika dulu menjadi "LInggua franka" bahasa perdagangan di zaman kegemilangan melaka??
adakah bahasa ibunda ini akan menjadi bahasa kedua??
ada pepatah menyatakan BAHASA JIWA bangsa. jika hilang bahasa ibunda maka kita akan kehilangan jiwa bangsa kita..

Tuesday, June 2, 2009

jenis-jenis cinta

saya terbaca dari buku Ibnu Qayyim Al-Jauziyah yg berjudul penyakit rohani dan penyembuhnyasaya tertarik ingin berkongsi tentang jenis-jenis cinta...
menurut buku tersebut jenis2 cinta itu ada empat, iaitu di mana satu dengan lainnya berbeza, ada kelebihannya dan kelemahan yang tersendiri sehingga setiap orang akan dapat dilihat dari kadar cinta yang dimilikinya:

yg pertama cinta terhadap Allah s.w.t cinta ini semata-mata tidak menjamin sesorg utk menyelamatkan dirinya dari api neraka dan tidak menjamin sesorg itu mendapat syurga, kerana ramaikaum musyrikin dan org nasrani yang mencintai Allah, namun mereka tidak beriman kepadaNya. Ertinya mereka tidak mengendahkan semua perintah Allah dan melanggar segal laranganNya.

Yg kedua mencintai sesuatu agar dapat mencintai Allah s.w.t lebih kuat. Jenis cinta ini adalah dimiliki oleh org yg br masuk Islam dan keluar dari kekafiran. Orang-org seperti ini biasanya mencintai org lain untk mencintai Allah s.w.t dan membenci org lain kerna Allah s.w.t

3. mencintai sesuatu hanya kerana Allah s.w.t. Cinta jenis ini biasanya dimiliki oleh org2 yg ikhlas dalam beramal dan cintanya tidak dipalingkan kepada yang lain. kesimpulan, cintanya adalah cinta yg lurus hnya kerana Allah s.w.t.

4. mencintai sesuatu bersamaan dengan cinta kpd Allah. Cinta seperti ini dinamakan "Cinta kesyirikan", ertinya mencintai sesuatu bersamaan dgn cinta kpd Allah bkn kerana Allah, tidak ikhlas hnya kerana Allah sehingga secara ringkas boleh dikatakan bahawa dia membuat persamaan cinta kepada selain Allah. Cinta seperti ini biasa dimiliki oleh org2 musyrik...

Sunday, May 24, 2009

Abyad Al-I'tisodi: being friend

Abyad Al-I'tisodi: being friend

being friend

Being friends is about sharing our lives with others. There are some aspects of our lives that require that we spend a lot of time together or a lot of writing to help convey our feelings. Other times sharing only a few words are more than adequate. It is not always the long conversation that conveys the deepest feelings. Sometimes, longer modes of expression may seem redundant and lacking in profundity. Putting just the right combination of words on paper in a succinct style may just hit the spot.

Buat Kerja Kerana Allah

Buat Kerja Kerana Allah ¿..
Jangan diungkit walau sezarah
Hati tidak berasa gundah
Perasaan tidak mudah marah
Segala urusan menjadi mudah
Kerja tidak menjadi susah
Tenaga tidak menjadi payah
Fikiran tidak keluh kesah

Buat Kerja Kerana Allah ¿..
Terlari niat membawa padah
Hati hendaklah sentiasa di lembah
Letakkan diri dipaling bawah
Menyimpan ujub adalah barah
Halatuju menjadi terarah
Ketaatan tidak di tarah-tarah
Komitmen bersama mudah di kerah

Buat Kerja Kerana Allah ¿..
Bakti hendaklah sentiasa di curah
Segala pujian dianggap dadah
Keaiban diri harap di dedah
Mimpikan pangkat mengundang parah
Segala keputusan adalah musyawarah
Segala kesusahan di lihat riadah
Segala kelebihan adalah anugerah

Buat Kerja Kerana Allah ¿..
Rezeki subahat haram menjadi darah
Hak orang jangan di jarah
Kuasa makhluk tidak disembah
Musuh tidak mudah mengacah
Kawan jangan dijadikan amah
Maksiat jangan dibiar bernanah
Punca masalah hendaklah dirajah
Perbualan jangan ditambah perencah

Buat Kerja Kerana Allah ¿..
Jangan takut turun kelembah
Bisikan hendaklah selalu dilapah
Harapan kawan bersama dicecah
Kelebihan kawan jadikan madrasah
Hal yang kecil jangan direnyah
Prinsip jangan mudah goyah
Kelemahan kawan jangan digeledah

Buat Kerja Kerana Allah ¿..
Pasti tahu membezakan antah
Rahsia disimpan bukan dimuntah
Mendoakan kawan menjadi lumrah
Amalan kebaikan bercambah-cambah
Syaitan pasti gagal meludah
Pintu syak ditutup dengan mas merah
Kepada nafsu jangan mengalah

Buat Kerja Kerana Allah ¿..
Jangan sekali terasa culah
Jauhkan tamak utamakan barakah
Keazaman jangan dibiar lelah
Diri jangan dibiar berkelah
Perut jangan makanan berkolah
Ilmu hendaklah sentiasa bersekolah
Ibadah biar tinggi menggalah
Kepuasan jangan dibiar sudah
Semangat biar sehebat Handzalah

Buatlah Kerja Kerana Allah ¿..
Kerja bukanlah main redah
Diri tidak menadah-nadah
Tiada bezanya yang punya ijazah
Alhamdulillah dibibir sentiasa basah
Zikir dihati sentiasa menerjah
Setiap waktu ditikar sejadah

Buat Kerja Kerana Allah ¿..
Dengan kawan sentiasa berhemah
Pada yang dengki jangan disumpah
Kelemahan kawan jangan dilihat sampah
Jangan juga dianggap masalah
Usahakan kebaikan sentiasa bertambah
Supaya yang gelap dapat di cerah

Buat Kerja Kerana Allah ¿..
Pendapat orang jangan disanggah
Pendapat sendiri jangan terasa gah
Kekurangan kawan jangan disesah
Perkataan baik sentiasa dimadah
Keharmonian persahabatan sentiasa di asah
Jangan membuat sahabat resah
Rezeki dikumpul untuk ke Mekah
Bukannya untuk bermegah-megah
Latihlah diri menjadi tabah
Maruah jangan dibiar murah

Buat Kerja Kerana Allah ¿..
Segala perlakuan menjadi ibadah
Segala penyelewengan terasa bersalah
Rasakan kerja semuanya indah
Hendaklah sentiasa bermujahadah
Hindarkan segala sifat mazmumah
Himpunkan segala sifat mahmudah
Persahabatan jangan dipecah-pecah
Tiada yang mustahil semuanya munasabah
Orang jangan di acah-acah
Ehwal kawan sentiasalah jengah
Segala bantuan jangan dilengah

Moga semuanya mendapat inayah
Agar terbuka pintu hidayah
Terlindung dari segala jenayah
Ingatlah selalu pesan Abah
Ingatlah pula pesan Rasulullah
Hanya pada Allah kita berserah ¿.

hadiah kekasih

Hadiah yang anda beri kepada kawan/kekasih/ isteri/suami anda mempunyai
maksud yang tersirat...

JAM TANGAN... ... ... Tanda meningati setiap masa dan waktu.

CINCIN... ... .... ... .Tanda ikatan kasih yang abadi.

GELANG... ... ... ... .Tanda mesra

RANTAI LEHER ... ... .Ikatan cinta yang perlu perhatian.

SUBANG... ... ... ... .Tanda penghargaan dan penghormatan.

KASUT... ... ... ... ..Sentiasa mengambil berat/prihatin.

PAKAIAN/KAIN. .. ... .Semoga kasih berkekalan dan dekatselalu.

PAYUNG... ... ... ... .Tanda kasih dan sentiasa ingin melindungi.

MINYAK WANGI... ... .Tanda cinta

BINGKAI GAMBAR... ..Sentiasa merindu dan tak ingin berjauhan.

BUKU... ... ... ... ... Bersifat terbuka dan bertolak ansur.

BUNGA... ... ... ... ... Tanda perkenalan dan tanda sayang

COKELAT ... ... .. semanis cintamu.

LAGU/CD/KAD UCAPAN ... ... ... mengabadikan cinta

SEJADAH DAN ALQURAN... ... ... tandanya kekasihnya ituvmenyayanginya dunia
dan akhirat.

Satu lagi... . zaman mellinieum.. . .

HANDPHONE... tandanya... . kau jangan lari dariku!!!!.. . .. .aku kan cari
kamu walau dimanapun... melainkan kalau handphone tu ditutup... ..

renungkan la

Ada orang menyangka mati itu senang

Apabila mati kita ditanam kemudian jadi tanah habis cerita

Yang susah hanya di dunia,apabila mati selesailah masalah

Orang ini tak pernah belajar,dia anggap mati itu mudah

Padahal kalau tidak ada iman, syariat diabaikan mati sangat menyakitkan

Dia akan menempuh 4 babak yang sangat menakutkan

Kesakitan mati macam pukulan tiga ratus pedang yang tajam

Di dalam kubur pula dipukul dan dibelasah oleh mungkar nakir sangat sakitnya

Makin lama kiamat lamalah masa menerima azab kubur

Dia diazab tidak ada ringan-ringan

Dipukul dipalu oleh malaikat amat ganasnya

Terpekik terlolong tidak ada siapa yang menolongnya

Di padang mahsyar dibiarkan beratus-ratus tahun

Di dalam keadaan tidak berpakaian matahari di atas ubun amat panas

Terlontar terbiar macam cacing kepanasan tiada siapa yang menolongnya

Masing-masing tidak memperduli, masing-masing jaga diri

Akhir sekali meniti sirotolmustaqim, kemudian berguguranlah ke dalam api

Di dalam neraka yang panas dirantai dipukul dibelengu makan buah zaqum yang panas

Dengan bau busuknya kalau terbau oleh makhluk dunia semuanya mati

Di dalam neraka kekal abadi tidak diukur oleh masa lagi

Marilah kita insaf dengan cerita ini marilah kita menyiapkan diri

Agar kita selamat dengan penderitaan yang diceritakan tadi

sama menghhayati

SAMA-SAMALAH KITA MENGHAYATINYA...........

Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...

Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...

Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..

Siapakah org yg KEDEKUT ? Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang email ini begitu sahaja, malah dia tidak menyampaikan pula pada org lain.

cite lawak

1) Jilat-jilat bila dah basah baru cucuk, jilat-jilat bila dah basah baru cucuk
Masukkan benang dalam jarum

2) Banyak-banyak bas, bas apa yang pandai
Bas sekolah lah, the only bas pegi sekolah

3) Banyak-banyak mi, mi apa yang boleh makan ngan ais
MILO AIS

4) Kenapa anjing kencing angkat sebelah kaki
Sebab kalau dia angkat dua kaki, dia jatuh sebab tulah dia angkatsebelah aje.

5) Apa perbezaan lampu stadium ngan lampu bilik
Lampu stadium kalau ada ¿game¿ dia pasang, tapi kalau lampu bilik ada ¿game¿ dia padam

6) Apa binatang, badan kecik macam semut tapi mata besar ¿bulb¿ mentol
Semut yang matanya BENGKAK

7) Mana lagi tua, motorsikal ke kereta?
Motorsikal¿¿sebab dia pakai tongkat

8) Kangkang peluk, kangkag peluk, bila dah dekat climax pegang buah
Panjat pokok kelapa

9) Ahmad bin Abu, kambing bin apa?
Kambing binATANG

10) Bagaimana nak bezakan ikan betina ngan ikan jantan?
Ikan betina - ikan duyung, ikan jantan, ikan bakar, mana ada pompuan nama BAKAR

seindah mawar berduri

seindah mawar berduri...
mawar yang indah sentiasa melindungi dirinya dengan duri bagi menghalang dirinya disunting sebelum waktunya.
mawar sering dikaitkan dan disamaertikan dengan wanita. kenapa wanita??
kerana wanita@perempuan yang baik akn sentiasa memelihara dan menjaga dirinya dengan sebaik-baik penjagaan. mawar berduri adalah kiasan buat perempuan yang begitu menjaga kehormatan dan maruah diri serta agamanya. perempuan seperti ini lah yang di sarankan kepada setiap lelaki memilihnya. dalam hadis nabi baginda bersabda yang mafhumnya bermaksud
"nikahi wanita atas empat perkara iaitu keturunannya, hartanya, kecantikkannya dan agamanya, maka pilihla yang beragama nescaya kamu selamat"

dari hadis tersebut dapat kita fahami bahawa mawar yang berduri itu adalah wanita yang baik pekertinya, molek akhlaknya. cantik dihati bakal suaminya. kecantikan wanita tidak hanya dinilai dari aspek luaran tetapi segenap aspek diambil kira bagi menilai kecantikan itu.

kenapa mawar berduri dikiaskn buat wanita yang baik??
kerana wanita yang baik begitu menjaga diri,maruah seta agamanya.

Friday, May 15, 2009

selamat hari guru

salam sejahtera, 16 mei menjelang lagi buat sekian kalinya. di sini ingin saya rakamkan setinggi-tinggi penghargaan terhadap seluruh yg terlibat dalam bidang perguruan. begitu besar jasa seorang guru terhadap bangsa, negara serta agama khususnya. tanpa guru maka tidak akan lahir lah golongan cendiakawan yang bijak pandai. saya ingin memanjatkan rasa syukur kehadrat Allah s.w.t yang mengutuskan contoh tauladan pendidik yang cemerlang iaitu Rasulullah s.a.w yang begitu gigih menyampaikan wahyu yang diturunkan. baginda juga adalah "ROLE MODEL" yang harus dicontohi oleh seorang pendidik dan juga pendakwah dalam membentuk ummah yang berkualiti serta menjamin kesejahteraan umat manusia sejagat.

Monday, May 11, 2009

sesudah exam

peperangan sudah berakhir. senjata kembali di simpan utk sem hadapan yang mungkin lebih mencabar. begitulah rutin seorang pejuang yang bernama pelajar yang terpaksa berjuang mengangkat pena dalam menuntut ilmu. selesai peperiksaan bermakna berakhir perang buat sementara tetapi pejuangan masih perlu diteruskan kerana hidup diluar kampus lebih mencabar. begitu banyak cabaran yang bakal ditempuhi oleh setiap manusia.

Sunday, April 19, 2009

bagaiman seharusnya

tulisan ini ditujukan buat teman2 bloger termasuk diri ini...

pada pandangan saya seharusnya seseorang penulis itu semestinya mempunyai pengetahuan yang banyak serta mendalam ttentang sesuatu topik yang diutarakan dan seharusnya mempunyai rujukan yang lengkap mengenainya.seseorang penulis itu tidak seharusnya menulis secara semberono kerana tulisannya mungkin akan digunakan sebagai rujukan oleh orang lain. jadi kita seharusnya bertanggungjawab terhadap penulisan kita....
ia juga boleh dianggap sebagai jihad dalam mengutarakan yang HAK

apakah relevennya

salam...saya bukan berpihak kepada mana-mana pihak tapi ini hanya sbagai pandangan seorang individu...
timbul persoalan di minda sya mengapa begitu banyak pilihan raya kecil yang beralku kini. ada yang kematian ADUN.ada juga sebab ADUN meletak jawatan..
pada pandangan saya jika ADUN yang dipilih tersebut berasa beliau tidak mampu menjalakan amanah pada hemat saya tidak salah beliau meletak jawatan bagi memberi laluan kepada orang lain yang lebih mampu menjalankantanggung jawab tersebut tetapi jika kita nilai dari sudut ekonomi ia akan menimbulkan impak kepada ekonomi negara.
mungkin ia akn memberi impak positif dan juga mungkin akan memberi impak negatif. jika dinilai dari sudut positif ia mungkin akan menarik minat pelabur dalam mengikuti perkenbangan politik negara tetapi jika dilihat pula dari sudut negatif ia akan mengakibatkan negara mengeluarkan perbelanjaan bagi membiayai pilihan ray tersebut.
ia mungkin akan mengakibatkan perbelanjaan difisit negara meningkat

Tuesday, April 14, 2009

sedih rasa hati

teringat kembali peristiwa 30 mac yang lalu setiap kali aku blk rumah.mana tidak nya adk yang bongsu da mendahului aku. kalu dl setiap kali pulang ke rumah aku pasti akn bersembang tak pun akn pergi ke kedai dengan nya.tapi kini yang tinggal hanyalah kengangan yang meninggalkan seribu erti. ketika aku membantu dalam menguruskan jenazahnya dapat aku lihat yang dia tidak seprti org yang telah pergi tetapi aku lihat dia seperti tidor.wlaupn sedih aku tetap merelakan pemergiaan nya. walau sedalam mana sekalipn kami menyayanginya tetapi Allah lebih sayangkn nya.tiada siapa yang kan dapat menghalang jika Dia menyayangi Makhluk ciptaannya. KENANGAN KU PD 31 MAC 2009
semoga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan dikalangan orang yang Soleh. Al-Fatihah

exam oh exam

Selama aku amik exam ni la kali pertama dalam hidup aku yang jadual aku mmg wt aku xsenang duduk. Mana tak nya sem ni la aku rasa jadual exam aku yang paling gila, sem ni subjek major n minor aku dalam satu hari. Mmg pening rasa nya sem ni. Minor aku kene byk hafal major lak kne byk ingat n fahamkan fakta.da la major pg pstu ptg minor,…..xtau la cmne semni.hope all going smoothly

Saturday, March 21, 2009

PROMOSI HEBAT


INGINKAN KELIHATAN BERGAYA ???
INGINKAN KELIHATAN HEBAT ????
INGIN BAJU YANG BERJENAMA TETAPI MURAH
????






DAPATKAN SEGERA SELAGI STOK MASIH ADA













HUBUNGI SALEH 0139635850



hehehe.....ni la projek paper yg aku ngn group aku kene wak utk subjek ekonomi pengurusan...
lecture ni ajar kami cmnerr nk jadi pengurus yang baik.bg aku cara lect. aku ni mmg byk memberikesan tambahan mmg minat aku dlm bisnes ni...thanks kwn2 projek kita sem lepas mmg aku anggap berjaya

Saturday, March 7, 2009

AUG oh AUG


ni pn cite cuti sem yg lepas. aku join sukan uni asia (AUG). bk atlit pn cume sukarelawan je tp totally best la sbb dpt bersama jayakan sukan yang julungkali wt kt negara kita ni. thn dpn wt kt thailand. best la kn 2minggu dok kt upm dpt kenalan dr sume u yng ada.

D'pangkor





cuti sem yg lepas aku join akviti kolej g baktisiswa kt pangkor. maklum la cuti sbulan je kn. nk keje xsempat jd join la pe yg patut. dok pangkor tu ada la dlm seminggu. ok la de dpt fmly angkt br lg pn da lm sgt aku xg pangkor. tp kebanyakan yg pegi ni sume yg aktif kt kolej aku je yg biasa. tp ramai juga la bebdk kls aku yg g skali.