Tuesday, June 2, 2009

jenis-jenis cinta

saya terbaca dari buku Ibnu Qayyim Al-Jauziyah yg berjudul penyakit rohani dan penyembuhnyasaya tertarik ingin berkongsi tentang jenis-jenis cinta...
menurut buku tersebut jenis2 cinta itu ada empat, iaitu di mana satu dengan lainnya berbeza, ada kelebihannya dan kelemahan yang tersendiri sehingga setiap orang akan dapat dilihat dari kadar cinta yang dimilikinya:

yg pertama cinta terhadap Allah s.w.t cinta ini semata-mata tidak menjamin sesorg utk menyelamatkan dirinya dari api neraka dan tidak menjamin sesorg itu mendapat syurga, kerana ramaikaum musyrikin dan org nasrani yang mencintai Allah, namun mereka tidak beriman kepadaNya. Ertinya mereka tidak mengendahkan semua perintah Allah dan melanggar segal laranganNya.

Yg kedua mencintai sesuatu agar dapat mencintai Allah s.w.t lebih kuat. Jenis cinta ini adalah dimiliki oleh org yg br masuk Islam dan keluar dari kekafiran. Orang-org seperti ini biasanya mencintai org lain untk mencintai Allah s.w.t dan membenci org lain kerna Allah s.w.t

3. mencintai sesuatu hanya kerana Allah s.w.t. Cinta jenis ini biasanya dimiliki oleh org2 yg ikhlas dalam beramal dan cintanya tidak dipalingkan kepada yang lain. kesimpulan, cintanya adalah cinta yg lurus hnya kerana Allah s.w.t.

4. mencintai sesuatu bersamaan dengan cinta kpd Allah. Cinta seperti ini dinamakan "Cinta kesyirikan", ertinya mencintai sesuatu bersamaan dgn cinta kpd Allah bkn kerana Allah, tidak ikhlas hnya kerana Allah sehingga secara ringkas boleh dikatakan bahawa dia membuat persamaan cinta kepada selain Allah. Cinta seperti ini biasa dimiliki oleh org2 musyrik...

2 comments:

nifi a.k.a beliamuda said...

dimanakah letaknya tahap cinta kita ini?

Abyad Al- I'tisodi said...

harap cinta kita hanya kepada Allah