Friday, August 24, 2012

HANDFON.....

Beberapa bulan kebelakangan ini ada ura-ura dari Menteri yang ingin membenarkan pelajar membawa handfon ke sekolah...kita sebagai pendengar jangan hanya pandai membangkang tapi kita haruslah menilai dari pelbagai sudut sama ada positif mahu pn negatif sesuatu saranan...ia sama juga seperti dalam sesebuah keluarga...dalam setiap perbincangan ada yg bersetuju dan tidak kurang juga ada yg membantah. begitu lah hakikat saranan tersebut..

Pada pandangan saya, tiada salahnya cadangan tersebut, tetapi ia perlulah dikaji bagaimana kaedah yang terbaik dalam melaksanakan saranan terbabit. Menurut pandangan orang bijak pandai "didiklah anak mengikut zamannya", ini kerana setiap zaman mungkin ada persamaan tetapi terlalu banyak perbezaan terutama dari segi teknologi sebagai contoh kaedah pengajaran...jika dulu hanya menggunakan papan hitam n kapur tulis tetapi kini pelbagai kaedah pengajaran yg boleh dilakukan oleh guru...

Berbalik kepada persoalan asal, handfon dibenarkan bawa ke sekolah..secara logik akalnya, ada baiknya cadangan ini kerana dewasa ini terlalu banyak kanak2 hilang..mungkin ini satu kaedah yg difikirkan positif oleh golongan pemikir yg dapat mengurangkan kemungkinan kehilangan kanak2, disamping itu juga ia boleh dijadikan bahan bantu mengajar tetapi persoalan disini Hp yg bagaimana yg dibenarkan?

Cadangan ini juga akn memberi impak negatif, kerana setiap teknologi itu mempunyai kebaikan dan keburukan..tambahan pula kesedaran sosial dikalangan remaja kita hari ini terlalu kurang..malahan kehadiran lambakan video porno yg mungkin terlalu mudah untuk didapati dan dikongsi melalui teknologi terkini..jika cadanagan ini menjadi kenyataan, setiap pihak perlulah memikirkan kaedah bagaimana menghindarkan sebaran bahan yg membantutkan perkembangan potensi insan yg terdapat dalam individu yg bakal dilahirkan...

Friday, August 17, 2012

BOLA GETAH

zaman kanak2 dulu..setiap org main pelbagai permainan...dari main pondok2, tengteng, guli, polis entri dan macam2 lagi..

zaman kanak2 la yg paling kita akn kenang, sering kali kita cerita kepada ank2 jiran atau pn ank sendiri bagi yg da berkawen kn...

tapi kt sni bkn cite tu yg ingin ku coretkan tapi pasti kanak2 zaman sekarang bila disebut pasal bola getah yg ada pelbagi gmbar ditengahnya mungkin ada yg tahu dan mungkin juga ada yg xtau....

kenapa bola getah??

mungkin itu akn timbul dibenak kalian yg membaca... kerana aku mempunyai pendapat tersendiri yg mungkin sama dengan kalian atua juga berbeda..kerana pemikiran kita mungkin berbeza..

mungkin kita boleh mengambil iktibar dari sebutir bebola getah yg kita sering lontar ke dinding tiap kali itu jua la ia melantun kembali..semakin kuat kita lontar, maka semakin kuat jua la ia melantun kembali.. mungkin analogi ini boleh memotivasikan kita yg seing kali kecewa akibat kegagalan tetapi KEGAGALN ITU BUKAN SUATU PERHENTIAN TETAPI SUATU PERMULAAN BUAT KEJAYAAN YG BAKAL DICAPAI SUATU HARI NANTI...

Saturday, August 4, 2012

PUTARAN RODA

      setiap manusia tidak mengetahui apa yg telah ditetapkn buat dirinya...
ada kala kita merancang utk menjadi sesorg yg lain tapi hakikatnya perancangan kita ada batasannya..
sesungguhnya mafhum qalam Allah "kita merancang, Allah juga merancang. sebaik-baik perancangan adalah perancanganNya"..
    beberapa tahun kebelakang tidak pernah terlintas di benakku utk menjadi pendidik secara formal.Aku pernah merancang ingin menjadi seorang yg berjaya dalam maksud diriku.tapi mungkin akibat tarbiah yg ku terima sepanjang perjalananku menuntut ilmu mengarahkan jalanku ke sini.
    Suatu tika dulu aku duduk dibangku pelajar mendengar celoteh sang pendidik yg mencurahkan ilmu buat anak didiknya supaya berjaya dalam mendepani haluan hidup yg bakal kami hadapi di masa hadapan.
    kini, aku pula menduduki bangku seorang guru yg memikul amanah dan tanggungjawab buat mendidik dan membimbing anak bangsa supaya mereka berjaya dalam mendepani liku-liku hidup di masa yg mendatang..
    benar bak kata pepatah, hidup ini ibarat roda. kitaran roda di sini bukan ku maksudkan yg negatif tp dari sudut positif. Yg mana bukan sahaja perbuatan buruk dibalas buruk atau di panggil karma oleh sesetengah pendapat.. tetapi andai kita mengagumi sesuatu mungkin ia akan menginspirasikan diri kita ke arah itu..sebagai contoh mudah, seseorang yg mengagumi usaha seorang usahawan berjaya dalam hidup dan kerjayanya..dia akan terinspirasi utk berjaya seperti usahawan itu..begitu juga yang lain..