Saturday, August 4, 2012

PUTARAN RODA

      setiap manusia tidak mengetahui apa yg telah ditetapkn buat dirinya...
ada kala kita merancang utk menjadi sesorg yg lain tapi hakikatnya perancangan kita ada batasannya..
sesungguhnya mafhum qalam Allah "kita merancang, Allah juga merancang. sebaik-baik perancangan adalah perancanganNya"..
    beberapa tahun kebelakang tidak pernah terlintas di benakku utk menjadi pendidik secara formal.Aku pernah merancang ingin menjadi seorang yg berjaya dalam maksud diriku.tapi mungkin akibat tarbiah yg ku terima sepanjang perjalananku menuntut ilmu mengarahkan jalanku ke sini.
    Suatu tika dulu aku duduk dibangku pelajar mendengar celoteh sang pendidik yg mencurahkan ilmu buat anak didiknya supaya berjaya dalam mendepani haluan hidup yg bakal kami hadapi di masa hadapan.
    kini, aku pula menduduki bangku seorang guru yg memikul amanah dan tanggungjawab buat mendidik dan membimbing anak bangsa supaya mereka berjaya dalam mendepani liku-liku hidup di masa yg mendatang..
    benar bak kata pepatah, hidup ini ibarat roda. kitaran roda di sini bukan ku maksudkan yg negatif tp dari sudut positif. Yg mana bukan sahaja perbuatan buruk dibalas buruk atau di panggil karma oleh sesetengah pendapat.. tetapi andai kita mengagumi sesuatu mungkin ia akan menginspirasikan diri kita ke arah itu..sebagai contoh mudah, seseorang yg mengagumi usaha seorang usahawan berjaya dalam hidup dan kerjayanya..dia akan terinspirasi utk berjaya seperti usahawan itu..begitu juga yang lain..

No comments: