Friday, August 24, 2012

HANDFON.....

Beberapa bulan kebelakangan ini ada ura-ura dari Menteri yang ingin membenarkan pelajar membawa handfon ke sekolah...kita sebagai pendengar jangan hanya pandai membangkang tapi kita haruslah menilai dari pelbagai sudut sama ada positif mahu pn negatif sesuatu saranan...ia sama juga seperti dalam sesebuah keluarga...dalam setiap perbincangan ada yg bersetuju dan tidak kurang juga ada yg membantah. begitu lah hakikat saranan tersebut..

Pada pandangan saya, tiada salahnya cadangan tersebut, tetapi ia perlulah dikaji bagaimana kaedah yang terbaik dalam melaksanakan saranan terbabit. Menurut pandangan orang bijak pandai "didiklah anak mengikut zamannya", ini kerana setiap zaman mungkin ada persamaan tetapi terlalu banyak perbezaan terutama dari segi teknologi sebagai contoh kaedah pengajaran...jika dulu hanya menggunakan papan hitam n kapur tulis tetapi kini pelbagai kaedah pengajaran yg boleh dilakukan oleh guru...

Berbalik kepada persoalan asal, handfon dibenarkan bawa ke sekolah..secara logik akalnya, ada baiknya cadangan ini kerana dewasa ini terlalu banyak kanak2 hilang..mungkin ini satu kaedah yg difikirkan positif oleh golongan pemikir yg dapat mengurangkan kemungkinan kehilangan kanak2, disamping itu juga ia boleh dijadikan bahan bantu mengajar tetapi persoalan disini Hp yg bagaimana yg dibenarkan?

Cadangan ini juga akn memberi impak negatif, kerana setiap teknologi itu mempunyai kebaikan dan keburukan..tambahan pula kesedaran sosial dikalangan remaja kita hari ini terlalu kurang..malahan kehadiran lambakan video porno yg mungkin terlalu mudah untuk didapati dan dikongsi melalui teknologi terkini..jika cadanagan ini menjadi kenyataan, setiap pihak perlulah memikirkan kaedah bagaimana menghindarkan sebaran bahan yg membantutkan perkembangan potensi insan yg terdapat dalam individu yg bakal dilahirkan...

No comments: