Friday, November 21, 2008

Empat Punca Hidup Manusia Tidak Tenteram

SEKUMPULAN bekas pelajar sebuah universiti berkumpul menziarahi bekas pensyarah mereka. Pensyarah itu amat gembira menerima kedatangan bekas pelajar yang berjaya dalam jurusan dan kehidupan masing-masing.

Mereka bertanya khabar dengan penuh mesra dan terus terang. Perbincangan berlanjutan sehingga menyangkut kepada permasalahan berbentuk peribadi. Ada yang mengeluh, mengadu dan meluahkan perasaan yang tertekan dengan pelbagai permasalahan, tekanan hidup berkeluarga, dengan rakan di tempat kerja serta masyarakat sekeliling.

Pensyarah itu hanya tersenyum dan terus menuju ke dapur untuk mengambil cawan pelbagai bentuk dan warna. Ada yang dibuat daripada tembikar, kaca dan plastik. Ada yang cantik, penuh hiasan, kelihatan mahal dan ada yang biasa saja dan murah.

Pensyarah itu menjemput semua bekas anak murid itu minum menggunakan cawan pilihan mereka.

Apabila semua bekas pelajar itu mengambil cawan yang terisi air, dia pun berkata: ?Jika kamu perhatikan, semua cawan yang cantik dan mahal itu diambil, yang tinggal hanya cawan yang biasa-biasa dan murah!

?Begitulah lumrahnya kita hanya akan memilih yang terbaik (menurut pandangan luaran), sebenarnya itulah punca masalah dan tekanan hidup yang kita semua hadapi!?

Apa yang kita perlukan sebenarnya adalah air, bukan cawan itu, tetapi kita secara tidak sedar memilih cawan yang cantik saja!

Demikianlah kehidupan ini ? ibarat air. Kerjaya, wang ringgit dan kedudukan dalam masyarakat semuanya umpama cawan yang beraneka warna itu. Semua itu adalah alat atau pemudah cara untuk meneruskan hidup tetapi kualiti hidup tidak berubah.

Jika kita hanya menumpukan perhatian kepada cawan, kita tidak ada masa untuk menghargai, merasakan dan menikmati air itu!

Apa yang pensyarah itu katakan bertepatan dengan apa yang al- Quran bentangkan mengenai jiwa manusia yang selalu berkeluh kesah dan tidak pernah rasa cukup.

Pelbagai permasalahan kita berpunca daripada empat perkara:


· Kita hanya memandang dan menginginkan apa yang ada pada tangan orang lain. Kita tidak nampak atau lupakan nikmat di dalam genggaman kita. Walhal, Allah telah berikan kepada kita. Oleh itu kita tidak rasakan ?keseronokan? atau terasa nikmat dengan pemberian itu.


· Kita terlalu banyak ?komplen? dan komen (mengadu) dan mengeluh serta menyalahkan keadaan sehingga kepada permasalahan sekecil-kecilnya dalam kehidupan dunia ini. Tetapi, kita sering lupa kesusahan dan penderitaan sebenar yang bakal kita hadapi di akhirat kelak.


· Kita terlalu mengejar kemewahan, kemegahan dan glamor kehidupan sehingga melupakan tujuan hidup kita sebenarnya. Inilah sebenar ujian hidup yang kadang kala kita rasakan amat memeritkan untuk dihindari, pada hal kita tahu ganjarannya adalah syurga daripada Allah.


· Kita selalu menganggap kehidupan di dunia ini untuk hidup selama-lamanya. Oleh itu, kita menghabiskan seluruh sumber dalam diri semata-mata untuk membina pengaruh, mengumpul harta dan kemasyhuran diri seolah-olah ?kematian? itu untuk orang lain, bukan untuk kita. Kita lupa semua kejadian akan mati dan walhal akhirat adalah kehidupan abadi.

Oleh itu, dari sekarang kita hentikan perangai suka komplen, komen dan berkeluh kesah. Kita hargailah kehidupan ini. Kita jalani kehidupan sebagai khalifah Allah, melakukan yang makruf, melarang perkara yang mungkar.

Kita syukuri nikmat yang ada dan panjangkan nikmat ini kepada orang lain dengan memberikan khidmat menolong dan memudahkan kehidupan orang lain.

Pernah suatu ketika Saidina Ali ditanya oleh seorang lelaki: "Jika diberikan pilihan, mana satukah yang kamu pilih?, kehidupan di dunia atau mati?

Jawapan baginda memeranjatkan lelaki itu: ?Saya akan pilih kehidupan di dunia, melalui perjuangan dalam kehidupan ini, saya mendapat bekalan untuk mencapai keredaan Allah di akhirat kelak.?

Hang pa laki ka pompuan..this is the fact!!

Terdapat pelbagai cara untuk menguji keunikan tubuh badan kita,diantara keunikan itu sudah tentulah otak manusia.. dibawah ini ada ujian yang menarik untuk dicuba bersama... ..


Sila lakukan dan jangan cuba menipu diri anda sendiri

Kira jumlah huruf F's dalam perenggan dibawah dalam masa 15 saat:
FINISHED FILES ARE THE RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC STUDY COMBINED WITH THE EXPERIENCE OF YEARS
dah selesai?


Scroll kebawah hanya apabila anda telah selesai mengira!










OK?
berapa banyak?
tiga? (anda tentunya seorang lelaki!!!)
baca sekali lagi!
FINISHED FILES ARE THE RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC STUDY COMBINED WITH THE EXPERIENCE OF YEARS
Salah, sebenarnya terdapat 6, kira semula..
Sebab berlakunya perkara tersebut diterangkan dibawah ini...
otak LELAKI tidak memproses perkataan "OF".
Keajaiban kejadian atau silap mata?
Sesiapa yang dapat megira kesemua 6 F's pada permulaan ujian memiliki otak PEREMPUAN
Cuba la dengan kawan2 anda untuk meguji setakat mana kebenaran perkara ini.."

Hayati bait-bait sajak ini...

Adakah kita bersedia manghadapi hari persandingan kita
nanti???Dan apakah persediaan untuk menghadapi nya??


Pada suatu masa yang ditetapkan...
Kita pasti dirisik..
Pertunangan sejak azali..
Di hujung hidup nanti..
Berlangsungnya perkahwinanmu dengan maut..
Hantarannya..sakit dan nazak..
Tamu bertandang menghadiahkan esak tangis..
Pengantin dimandikan..
Dipakaikan baju cantik putih..
Wangian gaharu dan cendana..
Keranda jadi pelaminan..

Pengantin bersanding sendirian..
Di arak keliling kampung..
Berkompangkan azan dan kalimah kudus..
Akad nikahnya bacaan talkin..
Berwalikan liang lahat..
Saksi pula nisan-nisan..
Siraman air mawar..
Keluarga terdekat menepung tawar..

Tiba masa pengantin..
Menunggu sendirian..
Malam pertama bersama KEKASIH..
Di kamar bertilamkan tanah..
Dan Dia menuntut janji..
Sucikah kita tatkala berpadu..
Pernahkah taubat sepanjang hayat..
Atau terkubur bersama dosa-dosa...
Dan Dia Kekasih itu..

Menetapkanmu ke syurga..
Atau melemparkan dirimu ke neraka

Kelebihan Kismis,kurma Dan Madu

Kelebihan kurma,kismis dan madu sememangnya tidak dapat disangkal lagi. terdapat kandungan yang berguna untuk kesihatan kita. Disini saya ingin berkongsi kelebihan kurma, kismis dan madu kepada semua...

Sabda Rasulullah s.a.w
"Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."

Kebaikan Kurma Ketika Mengandung dan Bersalin adalah amat baik sekali jika puan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi.

Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan nabi Isa a.s.Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah s.a.w.
Puan janganlah risau kerana takut diserang kencing manis.Apa yang harus puan buat, makanan manis2 yang lain puan jauhkanlah. Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.

1) KURMA

Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sehat".

"Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)".

Abu Abdillah a.s. bersabda:
"Buah kurma adalah salah> satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".

Abu Abdillah a.s. bersabda:
"Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu setan".

Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s. bersabda:
"Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".

2) KISMIS

Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian".

"Biasakanlah memakan kismis karena kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih".

Imam Ali a.s. bersabda:
"Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi".

"Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesehatan jiwa".

Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat menghilangkan lendir dan
menyehatkan jiwa".

3) MADU

Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasehat Al-Qur'an,
maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit".

"Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu".

"Sebaik-baik minuman ialah madu karena dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada".

"Allah SWt telah meletakan berkah di dalam madu dan menjadikannya sebagai obat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi".

Dari Imam Ali a.s. beliau bersabda:
"Madu adalah obat dari segala penyakit,tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati".

Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda:
"Rasul saw sangat menyenangi madu".

Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda:
"Biasakanlah dirimu memperoleh dua obat yaitu meminum madu dan membaca Al-Quran".

Tanda-tanda anda bayi tahun 80-an:

Tanda-tanda anda bayi tahun 80-an:

kita membesar dgn menonton G-Force,
Transformers, Thundercats,
Silver Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks
n Mickey Mouse.
Not to forget Ninja Turtles, Mask,
Smurfs dan Voltron.

berus gigi time waktu rehat kat skolah
rendah?...hmm, mesti pegang cawan
warna-warni kan. mencangkung kat tepi parit dgn
classmates semua kat seblah...

ingat tak, misi kat skolah masuk kelas dgn list
dentist appointment.
Pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik
sebelah. ada gigi yang
berlubang, kene laa tampal.

ni sure korang igt...program minum susu di skolah.
nak galakkan budak2 time
tuh minum susu. sekotak 30 sen jek beb...

cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris
panjang warna kuning tu. pukul
tapak tangan...kan?

semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 50 sen jek
kat kantin.

time skolah menengah, korang sure beli kasut
skolah Bata BM Turbo atau Pallas Jazz.
ada yang suka kasut high-cut yang buatan china
tu...ada yang suka stoking
tebal laaa...

internet? email? Menda alah ape tu?

CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr..
Tiket wayang pun 5 inggit je.

kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee ,
Kum Kum, UFO, O-Ya, Ding
Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die,
'telur' keras warna warni, 'rokok' chewing gum,
KIKI Bubble Gum.
tak dilupakan, 'Ti Kam'.
bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la,
Happy Family laa dlm class.

tapi bunyi loceng laa yang paling best skali.
boleh beli aiskrim ngan apek
kat luar skola tuh...

lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan
keje skolah, jom kita
pegi makan. budak2 yg dpt Rancangan Makanan
Tambahan (RMT) mesti kluar awal.

lagi satu yang seronok mase time Pendidikan
Jasmani, PJ. main bola laa,
rounders laa...

permainan kegemaran, main guli, batu seremban,
penutup botol, batang
aiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three', 'Police &
Sentry', main kejar2 duduk...

kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. yang
tube aiskrim, ada byk2 color tu.
kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2
die!

lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm..ni
pun kita main dulu ni.
baling2 kapur laa.

hmm...budak2 skarang,
bagi diorg, diorg mane penah dgr lagu
'We Are the World, We Are the Children...'
dan lagu 'Uptown Girl' yang diorg
tau,
yg Westlife nyanyi....bkn Billy Joel nyanyi...

bagi diorg, ada satu je Jerman kat dunia ni,
dan ade satu je Vietnam.

AIDS wujud sejak diorg lahir.

CD pun wujud time diorg lahir.

Michael Jackson dah putih dah time tu.

Diorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu
filem2 baru.

Diorg tak bley bayangkan skrin hitam putih utk
sebuah komputer.

Diorg tak penah tau pun 'Atari' dgn 'Game &
Watch'.

Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih...
dan diorg skarang tak reti nak
switch on TV kalau xde remote control.

dan diorg tak paham macam mane kite boleh
survive dkt universiti tanpa
handphone...

hmm...jom kite check, kite ni dah tua ke:

1. korg paham ape yang korang baca kat atas ni,
dan korg sure tersenyum

2. kebanyakan member2 skolah menengah kite
dah kawin

3. korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik main
komputer, selamba je

4. kita geleng kepala bile nengok bdak2 skolah
menengah guna handphone

5. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui
telefon lagi setiap hari

6. bile jumpe member lame dari semasa ke
semasa, seronok bile bersembang
pasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite
alami mase dulu time kecik2,
nakal2 dulu...

7. last skali, bile dah bace testimonial ni, korang mesti terpk…
Aku dah tuer dah…….
Dah x lamer dah……

T-cha N Stud

Ada seorang cikgu perempuan yang mengajar B. Inggeris untuk tahun 1. Dia bagi assignment kat murid-murid suruh cari 3 perkataan Inggeris dan kemukakan pada hari isnin nanti.

Ada seorang anak murid cikgu itu pun berjalan balik kerumah. Dalam perjalanan balik, dia nampak sepasang suami isteri keluar dari kereta dan sedang menjerit pada satu sama lain. Dia terdengar lelaki tu menyergah "Shut up you !!". Sampai rumah dia tanya bapa dia, "'shut up you' tu bahasa Inggeris ke?" Bapa dia kata, iye. Dapat dah satu perkataan, ingat budak tu.

Lepas mandi dan makan, dia tengok tv cerita Superman. Masa Superman nak terbang dia kata "Superman !!!" dia tanya bapa dia lagi, "'superman' tu bahasa inggeris jugak ke" dan bapa dia kata "yes". Dua perkataan dah, kata budak tu. Lepas tengok tv, dia ke perpustakaan. Dia nampak ada seorang lelaki dan seorang perempuan sedang bertengkar berebut buku. perempuan itu kata "Ladies first".

Balik rumah dia tanya lagi dan bapa dia kata itupun bahasa inggeris. Ah, leganya kata budak itu.

"aku dah dapat carik ke semua perkataan B.I tu!!

Hari Isnin dia ke sekolah, cikgu tanya dia tentang perkataan baru.

Cikgu: "OK boy, did you get the words?"

Budak: "Yes, teacher".

Cikgu: "Good, what is your first word?"

Budak: "Shut up you!!"

Cikgu: "What did you say? Are you mad? Who do you think you are?

Budak: " Superman !!!"

Cikgu: "Bloody fool! Get out from this class!"

Budak: "Ladies First!!"

Tahu ..tetapi

Kali ini saya ingin mengajak saudara saudari berfikir sejenak mengenai sikap kita yang selalunya berkata: “Saya tahu itu dosa tetapi saya tetap melakukannya”. ” Saya tahu perkara ini baik tetapi….”, “saya tahu saya perlu… tetapi” Persoalannya kenapa masih wujud perkataan tetapi dalam kamus hidup kita apabila akal kita secara waras telah menghukumkan sesuatu itu perlu, baik, bahaya dan sebagainya tetapi tindakan kita tetap sebaliknya.

Kenapakah begitu sering terjadi?

lihat di sini pula http://excel4attitude.wordpress.com/

Mengubah Manusia Agenda Utama



يغَيِّرُواْ مَا بِأَنفُسِهِمْ وَأَنَّ اللّهَ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

Al-Anfal [8:53

(Balasan) yang demikian itu, ialah kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakanNya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha mendengar, lagi Maha Mengetahui

إِنَّ اللّهَ لاَ يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنْفُسِهِمْ وَإِذَا أَرَادَ اللّهُ بِقَوْمٍ سُوءًا فَلاَ مَرَدَّ لَهُ وَمَا لَهُم مِّن دُونِهِ مِن وَالٍ Ar-Ra’d [13:11]

Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya

. من رأي منكم منكرا فاليغيره بيده ….

Sesiapa dikalangan kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah diubahnya dengan tangannya….

***

Fiqh dakwah.

Kewajiban Ummah

1. Umat Islam wajib mengubah kemungkaran.

2. Umat Islam wajib berusaha membuat perubahan dengan sendirinya sebelum Allah mengubahnya.

3. Segala kelemahan yang menimpa sesuatu kaum adalah disebabkan kelemahan yang ada di dalam jiwa mereka.

4. Perubahan manusia adalah dengan mengubah kelemahan yang ada di dalam diri manusia melalui proses tarbiyyah dan tazkiyyah.

5. Islam adalah sistem hidup yang lengkap dan sempurna namun yang menjadi punca kesempurnaan Islam tidak tertegak dan tidak terlaksana adalah kerana manusia tidak melaksanakannya.

6. Kemungkaran yang lebih besar ialah apabila manusia tidak melaksanakan tugas khalifah dan tidak melaksanakan hak-hak Uluhiyyah Allah dalam sistem pemerintahan.

7. Realiti hari ini, walaupun umat Islam merupakan penduduk majoriti dunia dan negara tetapi sistem hidup Islam tidak dilaksanakan

8. Umat Islam keseluruhannya wajib berusaha dan berkerja sehingga hak Uluhiyyah Allah tertegak.

9. Realiti umat Islam hari ini ialah nikmat keamanan yang pernah dikurniakan Allah semasa di zaman khalifah telah hilang. Umat Islam berada di dalam kehinaan, dalam kerugian, kemiskinan, mundur dan sebagainya kerana mereka tidak berusaha merubahnya lalu Allah tidak akan mengubahnya.

10. Beramal dan berusaha untuk mengembalikan kedudukan Islam sebagai sistem hidup yang terlaksana dalam seluruh system hidup manusia; pemerintahan, kehakiman, perundangan, pendidikan, kebajikan, kekeluargaan, aqidah, ibadah, akhlak dan jihad adalah amal soleh yang sebenar yang merupakan tuntutan realiti, tuntutan waqie, keperluan sebenar dan tanggungjawab asasi umat Islam hari ini.

11. Demi masa, sesungguhnya manusia ini adalah di dalam kerugian., Melainkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh, berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran.

Beberapa Persoalan

1. Sistem Islam tidak terlaksana tetapi kenapa manusia yang perlu diubah?

2. Kenapa kita tidak berusaha mengubah sistem dengan cara yang wujud masa kini seperti melalui sistem demokrasi?

3. Bukankah kita berada di dalam realiti masa kini di mana sistem sekular menguasai kita dan sistem yang sedia ada adalah sistem demokrasi, mengapa kita tidak boleh menggunakan sistem ini untuk menegakkan Islam.?

4. Bukankah Syairat telah sempurna diturunkan kenapa kita tidak melaksanakannya keseluruhannya?

1. Manusia yang merupakan agen pelaksana kepada semua sistem. Walaupun sistem sudah siap digubal dan diputuskan sebagai yang wajib dilaksanakan tetapi jentera pelaksana tidak yakin kebaikannya, tidak mahu melaksanakannya, tidak merasai bertanggungjawab mempertahankannya apakah sistem itu akan terlaksana???

Punca masalah adalah manusia itu sendiri yang berpenyakit. Maka rawatannya ialah dengan merawat penyakit yang ada di dalam diri manusia. Penyakit keimanan, penyakit perasaan tidak mahu kepada Islam, perasaan tidak takut kepada Allah, tiada perasaan berhutang budi kepada Allah, tiada perasaan untuk berterima kasih kepada Allah.

Nafsu ammarah telah mengotori cermin jauhari diri manusia. Allah telah nyatakan; apapun masalah yang menimpa manusia maka puncanya adalah kekotoran yang berada di dalam diri manusia. Ketika nabi datang dipermulaan Islam, Jahiliah menguasai alam, jahiliyyah aqidah, jahiliah akhlak, jahiliah sistem, jahiliah neraca nilai, budaya dan adab resam. Nabi telah dipandu oleh Manhaj Rabbani dengan merubah manusia. Nabi telah berjaya. Apakah ijtihad kita lebih hebat daripada Allah sehinggakan kita meninggalkan manhaj yang telah berjaya ini dengan mencuba manhaj baru yang kita tidak yakin. Na`uzubillah min zalik.

2. Sistem demokrasi masa kini adalah berasaskan sistem jahiliah yang menghalalkan apa juga cara. Sistem ini dikuasai pula oleh golongan yang tidak bersedia Islam memerintah dan Islam dijadikan sebagai musuh. Secara logiknya Islam tidak akan menang bertarung di dalam medan jahiliyyah dengan menggunakan peraturan yang diciptakan oleh jahiliyyah yang sentiasa berubah.

3. Waqie jahiliyyah tidak boleh menjadi asas kepada ijtihad Islam dalam keadaan Islam mempunyai manhaj sendiri dalam meggerakkan proses perubahan. Lantaran itu reality jahiliyyah hari ini bukan asas ijtihad yang mewajibkan kita melakkan perubahan hanya menggunakan cara jahiliyyah itu sendiri.

4. Dakwah Islam adalah amal soleh. Amal soleh adalah ibadah dan ibadah tidak sah kecuali dengan syarat niat yang ikhlas dan cara yang mengikut syarak. Berdakwah mengikut syarak ialah dengan mengikut sunnatullah dan sunnaturrasul. Dakwah nabi secara berjamaah bagai bangunan yang tersusun rapi, ada matlamat jauh, ada matlamat dekat, ada strategi, ada fasa, setiap fasa ada agenda tersendiri, setiap fasa gerakan menjadi asas fasa berikutnya, setiap aktiviti berasaskan keizinan Allah, izin dan taklif Allah sentiasa meraikan kemampuan jamaah nabi (realiti kemampuan manusia) untuk melaksakannya dan Allah tidak mentaklifkan umat Islam dengan sesuatu taklif jika umat mereka belum mampu dan belum bersedia. Memang kita wajib melaksanakan Islam keseluruhannya, tetapi sebahagian sistem Islam menuntut kita memiliki kekuasaan dan pemerintahan jadi kita perlu memiliki kekuasaan itu. Cara nabi beramal dan berkerja untuk mendapat kekuasaan adalah cara dakwah yang wajib dicontohi. Oleh itu sebelum kita berijtihad menggunakan idea kita kita wajib mengkaji bagaimana Allah menggerakkan proses perubahan dizaman nabi selama 23 tahun dan memahami seluruh aspek agenda perubahan tersebut. Imam Syahid Hassan al-Banna telah berijtihad. Marilah kita belajar daripada madrasahnya sehingga kita sampai darjat ijtihad lepastu BERIJTIHADLAH.

Apakah Itu Cinta??

Mereka yang tidak menyukainya menyebutnya tanggung jawab,
Mereka yang bermain dengannya, menyebutnya sebuah permainan,
Mereka yang tidak memilikinya, menyebutnya sebuah impian,
Mereka yang mencintai, menyebutnya takdir.

Kadang Tuhan yang mengetahui yang terbaik, akan memberi kesusahan untuk menguji kita. Kadang Ia pun melukai hati, supaya hikmat-Nya bisa tertanam dalam.

Jika kita kehilangan cinta, maka pasti ada alasan di baliknya. Alasan yang kadang sulit untuk dimengerti, namun kita tetap harus percaya bahwa ketika Ia mengambil sesuatu, Ia telah siap memberi yang lebih baik.

Mengapa menunggu?
Karena walaupun kita ingin mengambil keputusan, kita tidak ingin tergesa-gesa.
Karena walaupun kita ingin cepat-cepat, kita tidak ingin sembrono.
Karena walaupun kita ingin segera menemukan orang yang kita cintai, kita tidak ingin kehilangan jati diri kita dalam proses pencarian itu.

Jika ingin berlari, belajarlah berjalan duhulu,
Jika ingin berenang, belajarlah mengapung dahulu,
Jika ingin dicintai, belajarlah mencintai dahulu.

Pada akhirnya, lebih baik menunggu orang yang kita inginkan, ketimbang memilih apa yang ada.
Tetap lebih baik menunggu orang yang kita cintai, ketimbang memuaskan diri dengan apa yang ada.
Tetap lebih baik menunggu orang yang tepat, Karena hidup ini terlampau singkat untuk dilewatkan bersama pilihan yang salah, karena menunggu mempunyai tujuan yang mulia dan misterius.

Perlu kau ketahui bahwa Bunga tidak mekar dalam waktu semalam,
Kota Roma tidak dibangun dalam sehari,
Kehidupan dirajut dalam rahim selama sembilan bulan,
Cinta yang agung terus bertumbuh selama kehidupan.

Kebanyakan hal yang indah dalam hidup memerlukan waktu yang lama, Dan penantian kita tidaklah sia-sia.

Walaupun menunggu membutuhkan banyak hal - iman, keberanian, dan pengharapan - penantian menjanjikan satu hal yang tidak dapat seorangpun bayangkan.

Pada akhirnya. Tuhan dalam segala hikmat-Nya, meminta kita menunggu, kerana alasan yang penting.

bila dunia semakin hampir

bila dunia semakin hampir

jarang jarang terjadi situasi ini

tahkala kerinduan pada makrifat

jiwa melanda pada hakikat

terus pada sang hati yang tenang

ahhh...aku tahu

jiwa sudah meronta-ronta

menterjemahkan erti-erti duniawi ini

aduh...sakit jiwa melihat hendonisme

jiwa-jiwa anak merdeka yang dikatakan merdeka

tapi aku tahu mereka ini tidak lagi merdeka

malah di jajah jiwanya

kau tahu siapa yang menjajah ini?

fikir-fikir terus fikir

apakah dunia ini semakin hampir

pada paksinya?

tahkala blair sudah mengaku silapnya

pada serangan iraq

macam mana dengan george bush.....

Tuesday, November 18, 2008

minyak oh minyak

kenapa minyak?????
berkuatkuasa semalam harga minyak telah "dikurangkan kenaikan" sebanyak 15 sen menjadikan harga minyak kini beharga rm2.00 seliter. kita bersyukur kerana harga minyak telah berjahya dikurang kan. harga minyak dunia telah turun sehingga $60 setong dan mungkin akan terus turun dari semasa ke semasa.
saya ama bersetuju jika harga barangan diturunkan dan ini akan mengurangkan bebanan rakyat yang berpendapata rendah.
dari satu aspek pula saya tidak bersetuju ini kerana harga mnyak telah diturunkan dan ada ura-ura harga tambang bas sebang dikaji untuk dinaikkan. dari sumber menyatakan kos perkhidmatan meningkat. bukan tidak bersyukur dengan pengurangan harga minyak ini tetapi saya tidak bersetuju jika harga tambang perkhidmatan bas dinaikkan ini kerana golongan yang sering menggunakan perkhidmatan ini adalah golongan yang berpendapatan rendah.
jika dikaji dan diteliti serta difikir secara logik adakah munasabah kenaikan harga tambang ini???

jika dilihat anggaran yang saya anggarkan ini mungkin tidak tepat tetapi mungkin kita dapat lihat bahawa kenaikan ini tidak munasabah.

anggaran harga tiket RM30
anggaran penumpang satu perjalanan bas express 40 orang
anggaran gaji pemandu sebulan RM2000
anggaran kos perkhidmatan 30%

RM30 x 40 org = RM 1200 satu perjalanan sehari

keuntungan syarikat 30% (RM360)
gaji pemandu dan kos perkhidmatan 30% (RM360)


adakah munasabah jika dilihat dari anggaran yang saya anggarkan ini.sedangkan harga minyak dunia sedang menurun.

Sunday, November 16, 2008

"Kaitan cinta dalam hidup"

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut. Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telah pun dibukakan untuk kita. Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.

Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda.Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.

Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar. Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.

Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasaianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga. Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis,mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba.

Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan. Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang disekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.

Life Is Too Short..

Life Is Too Short..Grudges Are A Waste Of Perfect Happiness, Laugh When You Can, Apologize When You Should, And Let Go Of What You Can't Change, Love Deeply And Forgive Quickly, Take Chances Give Everything, And Have No Regrets. Life Is Too Short To Be Unhappy, You Have To Take Good With The Bad, Smile When You're Sad, Live What You Got, And Always Remember What You Had, Always Forgive Never Forget, Learn From Your Mistakes But Never Regret....

Renungan buat kita bersama

Temanku..bumi kita bumi payah..peluh, air mata dan mungkin darah..bila aku menjejak tapak ke pepasir serpihan kaca,peganglah tanganku...kita beriringan sebagai pejuang, bila ku katakan padamu 'perjuangan itu pahit!' kau katakanlah padaku 'syurga itu manis..' bersama kita teruskan perjuangan ini... Ya ALLAH..permudahkanlah jalan kami...

Topup oh topup...

Assalamualaikum...

kenapa ye bila cakap pasal topup sume org cume terpikir pasal nk topup hp je.....
nape xde yang terlintas pasal nk topup ilmu kee...
nk topup iman ke or topup amal???

Saturday, November 15, 2008

Muqaddimah

This is my first time blogging.