Tuesday, June 9, 2009

bahasa inggeris subjek wajib mendapat sijil???

beberapa hari lepas menteri pelajaran membuat kenyataan tentang ingin menjadikan bahasa ienggeris (BI) sebagai subjek wajib mendapat sijil bg SPM..

beliau meminta pandangan umum mengenai pandangan beliau tersebut...pelbagai pihak menyatakan pendirian masing2 mengenai isu ini...ramai yang menyokong begitu juga yang tidak bersetuju..yg bersetuju memberi syarat bagi melaksanakan dasar baru ini. ada yg memberi syarat supaya kita tingkatkan dahulu tahap pencapaian pelajar kita dalam bahasa ibunda...

sebelum apa2 dasar itu dilaksanakan adalah lebih baik ia dikaji dari segenap aspek terutama tahap kemampuan kita dalam melaksanakan dasar ini.pada pandangan saya sebagai seorang mahasiswa dasar ini ada baiknya tetapi masa bagi melaksanakan dasr ini belum sesuai buat masa ini kerana bukan semua pelajar kita belum mencapai tahap yg membolehkan kita melaksanakan dasar ini..tetapi jika dibuat secara berperingkat2 dimulakan dengan kajian yang teliti supaya ia tidak menjadi sebagai PPSMI yg menjadi perdebatan hebat masa kini.

pada masa kini memang benar bahasa inggeris adalah bahasa perantaraan tetapi adakah masayrakat diluar bandar menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pertuturan??
jika BI menjadi bahasa perantaraan kemana bahasa ibunda akan kita letakkan. adakah kita akn pinggirkan bahasa yang satu ketika dulu menjadi "LInggua franka" bahasa perdagangan di zaman kegemilangan melaka??
adakah bahasa ibunda ini akan menjadi bahasa kedua??
ada pepatah menyatakan BAHASA JIWA bangsa. jika hilang bahasa ibunda maka kita akan kehilangan jiwa bangsa kita..

Tuesday, June 2, 2009

jenis-jenis cinta

saya terbaca dari buku Ibnu Qayyim Al-Jauziyah yg berjudul penyakit rohani dan penyembuhnyasaya tertarik ingin berkongsi tentang jenis-jenis cinta...
menurut buku tersebut jenis2 cinta itu ada empat, iaitu di mana satu dengan lainnya berbeza, ada kelebihannya dan kelemahan yang tersendiri sehingga setiap orang akan dapat dilihat dari kadar cinta yang dimilikinya:

yg pertama cinta terhadap Allah s.w.t cinta ini semata-mata tidak menjamin sesorg utk menyelamatkan dirinya dari api neraka dan tidak menjamin sesorg itu mendapat syurga, kerana ramaikaum musyrikin dan org nasrani yang mencintai Allah, namun mereka tidak beriman kepadaNya. Ertinya mereka tidak mengendahkan semua perintah Allah dan melanggar segal laranganNya.

Yg kedua mencintai sesuatu agar dapat mencintai Allah s.w.t lebih kuat. Jenis cinta ini adalah dimiliki oleh org yg br masuk Islam dan keluar dari kekafiran. Orang-org seperti ini biasanya mencintai org lain untk mencintai Allah s.w.t dan membenci org lain kerna Allah s.w.t

3. mencintai sesuatu hanya kerana Allah s.w.t. Cinta jenis ini biasanya dimiliki oleh org2 yg ikhlas dalam beramal dan cintanya tidak dipalingkan kepada yang lain. kesimpulan, cintanya adalah cinta yg lurus hnya kerana Allah s.w.t.

4. mencintai sesuatu bersamaan dengan cinta kpd Allah. Cinta seperti ini dinamakan "Cinta kesyirikan", ertinya mencintai sesuatu bersamaan dgn cinta kpd Allah bkn kerana Allah, tidak ikhlas hnya kerana Allah sehingga secara ringkas boleh dikatakan bahawa dia membuat persamaan cinta kepada selain Allah. Cinta seperti ini biasa dimiliki oleh org2 musyrik...