Friday, November 21, 2008

Mengubah Manusia Agenda Utama



يغَيِّرُواْ مَا بِأَنفُسِهِمْ وَأَنَّ اللّهَ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

Al-Anfal [8:53

(Balasan) yang demikian itu, ialah kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakanNya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha mendengar, lagi Maha Mengetahui

إِنَّ اللّهَ لاَ يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنْفُسِهِمْ وَإِذَا أَرَادَ اللّهُ بِقَوْمٍ سُوءًا فَلاَ مَرَدَّ لَهُ وَمَا لَهُم مِّن دُونِهِ مِن وَالٍ Ar-Ra’d [13:11]

Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya

. من رأي منكم منكرا فاليغيره بيده ….

Sesiapa dikalangan kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah diubahnya dengan tangannya….

***

Fiqh dakwah.

Kewajiban Ummah

1. Umat Islam wajib mengubah kemungkaran.

2. Umat Islam wajib berusaha membuat perubahan dengan sendirinya sebelum Allah mengubahnya.

3. Segala kelemahan yang menimpa sesuatu kaum adalah disebabkan kelemahan yang ada di dalam jiwa mereka.

4. Perubahan manusia adalah dengan mengubah kelemahan yang ada di dalam diri manusia melalui proses tarbiyyah dan tazkiyyah.

5. Islam adalah sistem hidup yang lengkap dan sempurna namun yang menjadi punca kesempurnaan Islam tidak tertegak dan tidak terlaksana adalah kerana manusia tidak melaksanakannya.

6. Kemungkaran yang lebih besar ialah apabila manusia tidak melaksanakan tugas khalifah dan tidak melaksanakan hak-hak Uluhiyyah Allah dalam sistem pemerintahan.

7. Realiti hari ini, walaupun umat Islam merupakan penduduk majoriti dunia dan negara tetapi sistem hidup Islam tidak dilaksanakan

8. Umat Islam keseluruhannya wajib berusaha dan berkerja sehingga hak Uluhiyyah Allah tertegak.

9. Realiti umat Islam hari ini ialah nikmat keamanan yang pernah dikurniakan Allah semasa di zaman khalifah telah hilang. Umat Islam berada di dalam kehinaan, dalam kerugian, kemiskinan, mundur dan sebagainya kerana mereka tidak berusaha merubahnya lalu Allah tidak akan mengubahnya.

10. Beramal dan berusaha untuk mengembalikan kedudukan Islam sebagai sistem hidup yang terlaksana dalam seluruh system hidup manusia; pemerintahan, kehakiman, perundangan, pendidikan, kebajikan, kekeluargaan, aqidah, ibadah, akhlak dan jihad adalah amal soleh yang sebenar yang merupakan tuntutan realiti, tuntutan waqie, keperluan sebenar dan tanggungjawab asasi umat Islam hari ini.

11. Demi masa, sesungguhnya manusia ini adalah di dalam kerugian., Melainkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh, berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran.

Beberapa Persoalan

1. Sistem Islam tidak terlaksana tetapi kenapa manusia yang perlu diubah?

2. Kenapa kita tidak berusaha mengubah sistem dengan cara yang wujud masa kini seperti melalui sistem demokrasi?

3. Bukankah kita berada di dalam realiti masa kini di mana sistem sekular menguasai kita dan sistem yang sedia ada adalah sistem demokrasi, mengapa kita tidak boleh menggunakan sistem ini untuk menegakkan Islam.?

4. Bukankah Syairat telah sempurna diturunkan kenapa kita tidak melaksanakannya keseluruhannya?

1. Manusia yang merupakan agen pelaksana kepada semua sistem. Walaupun sistem sudah siap digubal dan diputuskan sebagai yang wajib dilaksanakan tetapi jentera pelaksana tidak yakin kebaikannya, tidak mahu melaksanakannya, tidak merasai bertanggungjawab mempertahankannya apakah sistem itu akan terlaksana???

Punca masalah adalah manusia itu sendiri yang berpenyakit. Maka rawatannya ialah dengan merawat penyakit yang ada di dalam diri manusia. Penyakit keimanan, penyakit perasaan tidak mahu kepada Islam, perasaan tidak takut kepada Allah, tiada perasaan berhutang budi kepada Allah, tiada perasaan untuk berterima kasih kepada Allah.

Nafsu ammarah telah mengotori cermin jauhari diri manusia. Allah telah nyatakan; apapun masalah yang menimpa manusia maka puncanya adalah kekotoran yang berada di dalam diri manusia. Ketika nabi datang dipermulaan Islam, Jahiliah menguasai alam, jahiliyyah aqidah, jahiliah akhlak, jahiliah sistem, jahiliah neraca nilai, budaya dan adab resam. Nabi telah dipandu oleh Manhaj Rabbani dengan merubah manusia. Nabi telah berjaya. Apakah ijtihad kita lebih hebat daripada Allah sehinggakan kita meninggalkan manhaj yang telah berjaya ini dengan mencuba manhaj baru yang kita tidak yakin. Na`uzubillah min zalik.

2. Sistem demokrasi masa kini adalah berasaskan sistem jahiliah yang menghalalkan apa juga cara. Sistem ini dikuasai pula oleh golongan yang tidak bersedia Islam memerintah dan Islam dijadikan sebagai musuh. Secara logiknya Islam tidak akan menang bertarung di dalam medan jahiliyyah dengan menggunakan peraturan yang diciptakan oleh jahiliyyah yang sentiasa berubah.

3. Waqie jahiliyyah tidak boleh menjadi asas kepada ijtihad Islam dalam keadaan Islam mempunyai manhaj sendiri dalam meggerakkan proses perubahan. Lantaran itu reality jahiliyyah hari ini bukan asas ijtihad yang mewajibkan kita melakkan perubahan hanya menggunakan cara jahiliyyah itu sendiri.

4. Dakwah Islam adalah amal soleh. Amal soleh adalah ibadah dan ibadah tidak sah kecuali dengan syarat niat yang ikhlas dan cara yang mengikut syarak. Berdakwah mengikut syarak ialah dengan mengikut sunnatullah dan sunnaturrasul. Dakwah nabi secara berjamaah bagai bangunan yang tersusun rapi, ada matlamat jauh, ada matlamat dekat, ada strategi, ada fasa, setiap fasa ada agenda tersendiri, setiap fasa gerakan menjadi asas fasa berikutnya, setiap aktiviti berasaskan keizinan Allah, izin dan taklif Allah sentiasa meraikan kemampuan jamaah nabi (realiti kemampuan manusia) untuk melaksakannya dan Allah tidak mentaklifkan umat Islam dengan sesuatu taklif jika umat mereka belum mampu dan belum bersedia. Memang kita wajib melaksanakan Islam keseluruhannya, tetapi sebahagian sistem Islam menuntut kita memiliki kekuasaan dan pemerintahan jadi kita perlu memiliki kekuasaan itu. Cara nabi beramal dan berkerja untuk mendapat kekuasaan adalah cara dakwah yang wajib dicontohi. Oleh itu sebelum kita berijtihad menggunakan idea kita kita wajib mengkaji bagaimana Allah menggerakkan proses perubahan dizaman nabi selama 23 tahun dan memahami seluruh aspek agenda perubahan tersebut. Imam Syahid Hassan al-Banna telah berijtihad. Marilah kita belajar daripada madrasahnya sehingga kita sampai darjat ijtihad lepastu BERIJTIHADLAH.

No comments: