Sunday, August 30, 2009

merdekakah kita??

Merdeka..merdeka…merdeka..
Inilah laungan semagat anak bangsa pasca merdeka.. tetapi merdekakah kita?? Secara fizikal ya, kita merdeka. Tapi adakah kita merdeka dari sudut penghayatan erti merdeka itu???? Adakah merdeka jiwa anak bangsa pasca merdeka ini. Adakah cukup erti kemerdekaan ini dengan laungan kemerdekaan sahaja tanpa penghayatan erti sebenar kemerdekaan ini… persoalan di sini bagaimana bakal kita isi jiwa bangsa pasca merdeka ini, bagaimana kita menerapkan semangat patriotic dalam jiwa setiap insan yang bergelar anak merdeka….
Adakah cukup dengan malam ambang merdeka sebagai tanda penghayatan kita?? Bagaimana pula dengan pengisian setiap jiwa ini, adakah kita sanggup melihat kemerdekaan yang kita kecapi kini hilangnya bagai bayu yang menghembus lalu??
Adakah kita telah merdeka secara total?? Persoalannya bagaimana kita dapat mengukur merdeka jiwa anak bangsa pasca merdeka sekiranya kita masih mengagungkan budaya yang ditinggalkan penjajah dan budaya yang dibawa masuk supaya anak pasca merdeka ini lalai dengan kenikmatan yang dikecapi seketika?? Bagaimana anak pasca merdeka ini dapat menangkis segala budaya baru yang dibawa masuk oleh pelbagai ideologi asing yang menginginkan anak pasca merdeka ini dijajah dalam penjajahan konteks baru “penjajahan minda”.
Jika kita merdeka secara total bagaimana masih terdapat lagi konsep penjajahan di alaf baru yang mana penjajah tidak lagi menggunakan persenjataan yang hebat dan besar serta nyata tetapi menggunakan cara yang begitu signifikan yang bakal Berjaya dan telah Berjaya dalam misi mereka. Mereka telah Berjaya mengembangkan budaya hedonisme yang telah banyak mempengaruhi pemikiran anak pasca merdeka ini. Mereka telah Berjaya menjauhkan kita dari matlamat asal kita dan Berjaya melalaikan kita dari tujuan utama kita sebagai anak pasca merdeka ini…
Sedarlah wahai teman, bangkitlah kita dari penjajahan alaf baru ini. Renunglah kembali harapan bangsa dan Negara terhadap kita anak pasca merdeka, adakah kita ingin terus berhibur tanpa memikirkan masa depan Negara kita di era pasca merdeka ini yang diwariskan para pejuang bangsa dan Negara. Adakah kita masih ingin berpeluk tubuh pabila melihat anak pasca merdeka lain terus hanyut dibawa arus yang tanpa kita sedari ini…