Friday, August 14, 2009

Bahasa jiwa bangsa…

Saya berasa tertarik dgn paparan majalah tiga pada 8/8/09 yg mana ia memaparkan tentang kepentingan menjaga aspek budaya sebagai contoh cina peranakan Kelantan dan sikh yg begitu menjaga aspek kebudayaan mereka.
Cina peranakan Kelantan begitu berbangga dgn sing yang menjadi satu-satunya tukang karut dikir barat dan tok dalang dalam pementasan wayang kulit.mereka begitu berbangga mengamalkan budaya peranakan yang merka warisi sejak turun-temurun. Ada dikalangan mereka mahir dalam penulisan jawi. mereka bercakap dalam dialek kelantan. mungkin ini menjadi kejanggalan apabila di lihat di kota-kota metropolitan tetapi tidak mustahil. sebagai contoh yg paling hampir indonesia dan Thailand mereka menggunakan bahasa mereka sendiri tanpa dipengaruhi dialek. di Indonesia umpamanya mereka menggunakan bahasa indonesia. mungkin mereka lebih terkehadapan dalam melaksanakan dasar yg dibawa oleh PM kita iaitu konsep 1Malaysia. mereka lebih dahulu menggunakan konsep yg dibawa oleh PM kita.

Masyarakat sikh pula terutama masyarakat sikh di perak terutama di Ipoh, mereka begitu bersungguh-sungguh menjaga bahasa dan budaya mereka. Masyarakat Sikh yang terkenal dalam bidang perundangan tetapi mereka tetap menitik beratkan amalan budaya mereka. Setiap masyarakat sikh mesti mengetahui amalan keagamaan mereka. Mereka diwajibkan menghadiri tempat ibadat mereka ketika waktu subuh ia mungkin sama dgn apa yg menjadi kewajiban umat Islam untuk menunaikan solat subuh tetapi mereka memulakan hari di tempat ibadat mereka. Golongan ini juga begitu mengamalkan budaya mereka walaupun dilanda arus globalisasi yg begitu hebat sehingga ada bangsa yang mungkin kehilangan jati diri bangsa mereka. Mereka begitu menitikberatkan setiap anggota masyarakat mereka mengetahui bahasa, budaya dan keagamaan mereka supaya tidak luput ditelan perubahan waktu dan peredaran zaman.
Bahasa jiwa bangsa…mungkin benar kata Hang Tuah “tak kan melayu hilang di dunia”. Tapi melayu yang bagaimana yang akan kita wariskan kepada anak cucu kita pada masa akan datang. Adakah kita ingin mewariskan mereka dengan melayu yang tanpa jati diri??? Adakah kita ingin dipersalahkan oleh anak cucu kita yang mana mereka telah kehilangan budaya dan warisan atas kealpaan kita?? Dimana jati diri mereka yg bakal kita wariskan??? Bagaimana kita ingin menangani permasalahan ini?? Jawapan mungkin mudah untuk dilafazkan tetapi bagaimana dengan perlaksannan dan langkah yg akan diambil?? Di mana silapnya golongan belia kita tidak mengetahui budaya mereka?
Seharusnya masyarakat melayu perlu berbangga dgn perwarisan budaya yg diwariskan oleh nenek moyang kita terdahulu. Ini kerana masyarakat melayu kita mempunyai kebudayaan unik disebabkan pertembungan dan asimilasi budaya. Sepatutnya masyarakat melayu harus tahu berbahasa Arab dan pandai menulis jawi tetapi kemana hilangnya semua itu.

No comments: