Friday, August 14, 2009

hedonisme dan remaja

Hedonisme adalah pandangan hidup yang menganggap bahawa kesenangan dan kenikmatan material adalah tujuan utama hidup. Bagi para penganut faham ini, bersenang-senang, pesta, dan pelesiran merupakan tujuan utama hidup, entah itu menyenangkan bagi orang lain atau tidak. Karena mereka beranggapan hidup ini hanya 1x, sehingga mereka merasa ingin menikmati hidup senikmat-nikmatnya. di dalam lingkungan penganut paham ini, hidup dijalanani dengan sebebas-bebasnya demi memenuhi hawa nafsu yang tanpa batas.

golongan remaja banyak dikaitkan dengan penularan budaya ini. ini kerana remaja mempunyai rasa dan jiwa yang ingin mencuba sesuatu yang aru bagi memenuhi kekosongan di dalam jiwa mereka. adakah kita akan terus membiarkan generasi muda kita hanyut dengan budaya ini tanpa memikirkan kesannya terhadap pembinaan negara serta pembangunan modal insan yang cemerlang.

budaya mencari keseronokan ini adalah budaya yg dicetuskan oleh orientalis bagi melemahkan keimanan dalam setiap jiwa umat islam dan ini adalah cara yg paling berjaya dalam memerangi umat islam yang dilancarkan oleh golongan salib bagi mengalahkan umat islam supaya merea jauh dari agama mereka serta tidak faham akan agama mereka.

golongan "Salib" mula mencetuskan fahaman ini apabila setiap serangan mereka yg berbentuk fizikal telah gagal menghancurkan umat islam. jadi mereka memulakan peperangan dgn cara menyereng akidah umat islam dgn cara yg tidak mereka sedari.secara kasarnya serangan mereka ini telah dilihat sebagai berjaya kerana ramai remaja islam terutama di Malaysia lebih gemar mencari keseronokan yg singkat dan mulai lalai dengan suruhan agama.

No comments: