Sunnah selepas Ijab Qabul...
Solat solat sunat 2 rakaat ini dilakukan berjemaah antara suami dan isteri.
Cara untuk mengerjakannya ialah:
• Lafaz niatnya :
“Usolli sunnata ba’dan nikahi rak’ataini lillahi Ta’ala”
Allahu Akbar
" Aku niat sholat sunat sesudah nikah dua rakaat kerana Allah Ta’ala”
• Rakaat pertama : Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Kafiruun’
• Rakaat kedua : Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Ikhlas
• Membaca doa berikut selepas salam:
YA Allah, Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, segala puji-pujian
bagi-Mu, seru sekalian alam. Ya Allah, aku bersykur kepada-Mu, telah
selesai pernikahanku ini, kami memohon pada-Mu Ya Allah Engkau
berkatilah pernikahan –ku ini. Engkau jadikanlah aku dan isteriku
orang-orang yang soleh/holehah. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim,
pada-Mulah kami memohon pertolongan. Engkau anugerahkanlah padaku
isteri/suami yang soleh, Engkau berikanlah akan aku dan isteriku
petunjuk dan hidayah agar kami senantiasa di dalam keredhaan-Mu dan
tunjukilah kami ke jalan yang lurus sepanjang hidup kami. Engkau
berikanlah kami kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anak kami ke
jalan yang Engkau redhai. Engkau mesrakanlah kami, bahagiakanlah kami
sebagaimana Nabi Muhammad s.a.w dan Siti Khadijah, Nabi Yusuf dengan
Zulaikha, Nabi Adam dan Hawa. Engkau anugerahkanlah padaku dan isteriku
anak-anak yang sholeh dan solehah. Engkau anugerahkanlah kami kesihatan
dan kesejahteraan pada isteri/suami dan anak cucu kami sepanjang hayat
kami dan sepanjang hayat mereka. Engkau peliharalah kami daripada
perkara-perkara yang boleh merosak kemesraan dan kebahagiaan rumah
tangga kami”
“Ya Allah ,Ya Rahman, Ya Rahim, Engkau
anugerahkanlah kepada kami akan rezeki yang suci dan baik, lindungilah
kami dari mendapat rezeki yang keji dan haram. Engkau jadikanlah aku,
isteriku/suamiku dan anak-anak kami orang yang rajin mengerjakan solat
dan bertaqwa. Engkau berikanlah petunjuk dan jalan sekiranya aku,
isteri/suami dan anak-anak ku menyimpag ke jalan yang tidak Kau redhai.
Engkau anugerahkanlah padaku, isteri/suami dan keturunan kami kekuatan
dan keimanan untuk berbuat baik dan amal soleh sepanjang hayat kami.
Engkau peliharalah kami, isteri/suami, anak-anak dan cucu-cucu kami dari
sebarang mara bahaya,fitnah,dan malapetaka yang tidak diingini samaada
yang lahir mahupun yang batin”
“Ya Allah,Engkau berkatilah umur
kami, isteri/suami kami, anak-anak kami, cucu-cucu kami sehinggalah
akhir hayat kami dan mereka. Engkau peliharalah kami, isteri/suami kami,
anak-anak kami, cucu-cucu kami agar menjadi orang yang taat kepada-Mu
Ya Allah, kepada kedua ibubapanya dan taat mengerjakan perintah-Mu dan
taat dalam menjauhi larangan-Mu”
“Bahagiakanlah rumah tangga kami Ya Allah,(3 kali),
Engkau berkatilah rumahtangga kami Ya Allah (3 kali)”
• Lafaz niatnya :
“Usolli sunnata ba’dan nikahi rak’ataini lillahi Ta’ala”
Allahu Akbar
" Aku niat sholat sunat sesudah nikah dua rakaat kerana Allah Ta’ala”
• Rakaat pertama : Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Kafiruun’
• Rakaat kedua : Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Ikhlas
• Membaca doa berikut selepas salam:
YA Allah, Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, segala puji-pujian bagi-Mu, seru sekalian alam. Ya Allah, aku bersykur kepada-Mu, telah selesai pernikahanku ini, kami memohon pada-Mu Ya Allah Engkau berkatilah pernikahan –ku ini. Engkau jadikanlah aku dan isteriku orang-orang yang soleh/holehah. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, pada-Mulah kami memohon pertolongan. Engkau anugerahkanlah padaku isteri/suami yang soleh, Engkau berikanlah akan aku dan isteriku petunjuk dan hidayah agar kami senantiasa di dalam keredhaan-Mu dan tunjukilah kami ke jalan yang lurus sepanjang hidup kami. Engkau berikanlah kami kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anak kami ke jalan yang Engkau redhai. Engkau mesrakanlah kami, bahagiakanlah kami sebagaimana Nabi Muhammad s.a.w dan Siti Khadijah, Nabi Yusuf dengan Zulaikha, Nabi Adam dan Hawa. Engkau anugerahkanlah padaku dan isteriku anak-anak yang sholeh dan solehah. Engkau anugerahkanlah kami kesihatan dan kesejahteraan pada isteri/suami dan anak cucu kami sepanjang hayat kami dan sepanjang hayat mereka. Engkau peliharalah kami daripada perkara-perkara yang boleh merosak kemesraan dan kebahagiaan rumah tangga kami”
“Ya Allah ,Ya Rahman, Ya Rahim, Engkau anugerahkanlah kepada kami akan rezeki yang suci dan baik, lindungilah kami dari mendapat rezeki yang keji dan haram. Engkau jadikanlah aku, isteriku/suamiku dan anak-anak kami orang yang rajin mengerjakan solat dan bertaqwa. Engkau berikanlah petunjuk dan jalan sekiranya aku, isteri/suami dan anak-anak ku menyimpag ke jalan yang tidak Kau redhai. Engkau anugerahkanlah padaku, isteri/suami dan keturunan kami kekuatan dan keimanan untuk berbuat baik dan amal soleh sepanjang hayat kami. Engkau peliharalah kami, isteri/suami, anak-anak dan cucu-cucu kami dari sebarang mara bahaya,fitnah,dan malapetaka yang tidak diingini samaada yang lahir mahupun yang batin”
“Ya Allah,Engkau berkatilah umur kami, isteri/suami kami, anak-anak kami, cucu-cucu kami sehinggalah akhir hayat kami dan mereka. Engkau peliharalah kami, isteri/suami kami, anak-anak kami, cucu-cucu kami agar menjadi orang yang taat kepada-Mu Ya Allah, kepada kedua ibubapanya dan taat mengerjakan perintah-Mu dan taat dalam menjauhi larangan-Mu”
“Bahagiakanlah rumah tangga kami Ya Allah,(3 kali),
Engkau berkatilah rumahtangga kami Ya Allah (3 kali)”
No comments:
Post a Comment