Thursday, January 28, 2010

Fantasi Atau Dalam Realiti

Kita sering mendengar persoalan mengenai org yang mnghadapi tekanan hidup.
Terdapat banyak yang boleh dikatagorikan sebagai tekanan sama ada dari luar diri seorang manusia itu mahupun konflik dalam individu tersebut.
Ada yang menggelarkannya sebagai depress. Tetapi di sini sy Cuma ingin menyentuh satu sahaja iaitu mereka yang menghadapi tekanan ini cuba berimejinasi dengan mewujudkan dunianya sendiri yang mana mereka menetapkan semuanya indah belaka di alam ciptaan mereka sehingga ada yang terperangkap dalam dunia fantasi mereka itu.
Mereka bukan lah golongan yang mempunyai masalah mental tetapi mereka ini ada setengahnya ingin lari dari dunia reality yangmereka anggap begitu sukar. Dengan itu mereka cuba membentuk satu alam atau fantasi mereka tentang kehidupan atau mewujudkan kekasih fantasi yang mereka anggap seorang kekasih yang serba sempurna, tetapi hakikatnya mereka cuba menipu diri mereka tetapi adakalanya mereka ini tidak sedar yang mereka sedang berfantasi sehingga ada setengahnya kita lihat senyum sendiri dan ada juga yg terus terperangkap dalam alam fantasi mereka sehingga begitu sukar untuk membezakan antara dunia fantasi mereka dan juga dunia reality…
Berfantasi atau berimejinasi itu tidak salahnya dan adakalanya kita amat memerlukan keadaan fantasi bagi mengurangkan tekanan hidup tetapi ia perlulah di batasi supaya tidak mengundang perkara yang lain dan sehingga membelakangkan agama..
Kenapa mereka ini berfantasi sehingga melupakan yng reality??
Adakah mereka ini tidak mendapat sokongan dan dokongan dari teman atau mereka ini merasa begitu tersisih oleh teman-teman mereka?
Atau tekanan itu datangnya dari sikap teman2 mereka???

No comments: